Utusan Borneo (Sarawak)

Penghuni Flat Mak Mandin Hijau dakwa projek ganggu kehidupan

-

BUTTERWORT­H: Kira-kira 200 keluarga di Flat Mak Mandin Hijau di sini mendakwa projek di tapak terletak kira-kira 20 meter dari perumahan mereka mengganggu kehidupan dan menjejaska­n penduduk dari segi faktor keselamata­n dan kebersihan.

Wakil penduduk berkenaan, Abdul Nazir Abdul Razak, 49, berkata penduduk di situ risau dan bimbang apabila pemaju yang menjalanka­n proses meratakan tanah di tapak itu sejak hampir empat bulan lepas tidak meletakkan sebarang papan kenyataan berhubung projek itu.

“Sejak jentera-jentera dan bahan-bahan pembinaan dibawa masuk ke tapak itu penduduk bimbang tentang keselamata­n anak-anak kerana tiada sebarang pagar dibina dan sesiapa sahaja boleh melepasi tapak berkenaan dengan mudah.

“Apa yang buat kami lebih risau ialah pihak berkenaan (pemaju) langsung tidak memantau keadaan air bertakung di sekitar tapak itu yang boleh mendatangk­an masalah nyamuk aedes,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tapak seluas kira-kira 0.4 hektar itu hanya dipisahkan kira-kira 20 meter dengan sebuah blok flat berkenaan dan ia terletak bersebelah­an pagar Masjid At Taqwa Mak Mandin.

Abdul Nazir berkata penduduk telah membuat aduan kepada pihak berwajib antaranya Majlis Perbandara­n Seberang Perai (MPSP), kerajaan negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal Lim Hock Seng namun tiada sebarang maklum balas.

“Kamisudahb­uataduante­tapi sehingga kini tiada sebarang maklum balas diterima, malah pihak berkenaan mendakwa mereka tidak mengetahui apakah yang akan dibangunka­n atas tapak itu,” katanya.

Seorang penduduk, S. Indrani, 61, berkata penduduk turut bimbang tentang struktur rumah mereka memandangk­an flat yang didiami penduduk lebih 30 tahun itu semakin usang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia