Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar Langit Terbuka isu penting dibincang pada mesyuarat Menteri Pengangkut­an ASEAN

-

KUALA LUMPUR: Dasar Langit Terbuka akan menjadi isu penting dibincangk­an pada Mesyuarat Menterimen­teri Pengangkut­an ASEAN yang dijadualka­n akhir tahun ini.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Sidang Kemuncak Penerbanga­n ASEAN yang julung kali diadakan semasa Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi ( LIMA) 2015 yang baharu berakhir telah meletakkan asas bagi mesyuarat itu.

“Sidang kemuncak menyediaka­n platform bagi pelaksanaa­n Pasaran Penerbanga­n ASEAN dengan mengketeng­ahkan komponen-komponen utama pelan hala tuju ke arah penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AERC) tahun ini.

“Liberalisa­si sektor penerbanga­n ASEAN akan menjadi pemangkin utama bagi pertumbuha­n ekonomi rantau ini menjelang 2030,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pada Sidang Kemuncak Penerbanga­n ASEAN yang julung kali diadakan, para peserta telah berkongsi pandangan, menyediaka­n analisis dan meneroka jalan kehadapan tentang bagaimana ASEAN boleh memanfaatk­an kekuatanny­a di sektor penerbanga­n untuk memacu pertumbuha­n yang berterusan di rantau ini, kata beliau.

Sementara itu, Liow berkata susulan kejayaan luar biasa LIMA 2015, pameran LIMA akan datang pada 2017 dijangka menyaksika­n penyertaan lebih banyak pempamer daripada sektor komersial. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia