Utusan Borneo (Sarawak)

Polis diharap dapat selesaikan kes kanak-kanak dicucuh colok

-

SIBU: Ahli Parlimen Lanang Alice Lau berharap polis dapat menyelesai­kan kes penderaan kanak-kanak yang dicucuh dengan colok agar mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.

Alice berharap pesalah dikenakan hukuman berat seperti hukuman sebatan atas kesalahan mendera kanak-kanak secara fizikal dan mental.

“Berita kanak- kanak didera dengan dicucuh colok mendapat perhatian ramai. Ini suatu tindakan tidak berperikem­anusiaan.

“Saya berharap pesalah ditangkap dan dikenakan hukuman sebat atas kesalahan dilakukan dengan mendera kanakkanak,” katanya di sini kelmarin.

Hadir sama Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan David Wong.

Ibu kepada tiga anak dipercayai menjadi mangsa penderaan seorang bomoh di sebuah tokong, Jalan Bukit Lima di sini direman tiga hari.

Difahamkan ibu kepada tiga kanak- kanak berumur lima, enam dan 10 tahun menggunaka­n khidmat bomoh empat kali seminggu sejak awal tahun ini.

Bapa mangsa yang juga pengadu bertindak membuat laporan polis pada 18 Mac selepas mendapati kesan dan parut dipercayai akibat kelecuran di bahagian badan anakanakny­a.

Polis kini masih berusaha menjejaki bomoh terbabit untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia