Utusan Borneo (Sarawak)

KADPA terima geran RM20,000 anjur dua aktiviti sukan air

-

KAPIT: Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar James Masing menyampaik­an geran sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Powerboat Bahagian Kapit (KADPA) baru-baru ini.

Geran berkenaan bertujuan membantu persatuan menganjur aktiviti sukan powerboat dan Baleh Kapit Raft Safari yang dijadual bermula 10 hingga 12 April.

Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Baleh menyampaik­an geran kepada Bendahari KADPA Jacob Baleng yang mewakili ahli jawatankua­sa.

Pengerusi KADPA Jack Janda berterima kasih kepada Masing sebagai wakil rakyat yang membantu dan menyokonga­ktiviti sukan air menerusi sumbangan bantuan kewangan.

Jack yang juga pegawai belia dan sukan Kapit memberitah­u, KADPA akan menganjurk­an Kapit Open Power Boat Races di Kapit Waterfront sempena Baleh Kapit Raft Safari pada 11 dan 12 April.

“Perlumbaan bot laju sentiasa menjadi tarikan orang ramai dari dalam dan luar Kapit,” jelasnya ketika ditemui pemberita.

Jack memberitah­u, Persatuan Power Boat Bahagian Kapit adalah kelab sukan terkenal di Kapit dan 17 kelab bot laju bergabung dengan persatuan yang mempunyai lebih 200 ahli.

Perlumbaan dua hari itu akan melibatkan empat kategori iaitu 6.5 hp Pump Engine, 18 hp Tunnel Boat and below, 30 hp Tunnel Boat and below and 50 hp Tunnel Boat Open.

Hadir sama pada maj- lis penyerahan geran ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Wilson Nyabong Ijang, Kaunselor Bakat Gira, Kaunselor Jantai Maseng, Kaunselor George Tang, Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak Cawangan Kapit Bangsa Untang, Penghulu Jampi Raweng dan ahli-ahli KADPA.

 ??  ?? MANFAATKAN: Masing (empat kanan) menyampaik­an geran kepada Jacob (dua kiri) yang mewakili
MANFAATKAN: Masing (empat kanan) menyampaik­an geran kepada Jacob (dua kiri) yang mewakili

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia