Utusan Borneo (Sarawak)

500 penduduk Bakam sertai aktiviti sukan dan rekreasi

-

MIRI: Lebih 500 penduduk sekitar Bakam hadir memeriahka­n aktiviti sukan dan rekreasi di padang sukan Bakam yang diadakan bermula jam 8 pagi semalam.

Penduduk berpeluang menyertai pelbagai aktiviti antaranya pertanding­an memancing, futsal, sukaneka, lumba motosikal dan peraduan mewarna untuk kanakkanak.

Aktiviti julung kali itu di- anjurkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Bakam.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lambir Ripin Lamat hadir merasmikan aktiviti berkenaan yang bertujuan merapatkan lagi hubungan persaudara­an antara masyarakat di Bakam.

Kawasan Bakam merangkumi enam kampung iaitu Kampung Bakam, Kampung Pusil, Kampung Siwak Jaya, Kampung Raan, Kampung Nelayan Kuala Bakam dan Kampung Tukau.

Turut hadir Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Timbalan Pengerusi PBB Lambir Julani Mokhtar, Pengerusi PBB Bakam Abdul Rahim Unsang dan Setiausaha PBB Bakam Mokhtar Ree

 ??  ?? PERIKSA: Ripin memeriksa ikan yang berjaya dipancing sambil ditemani Julani (kanan).
PERIKSA: Ripin memeriksa ikan yang berjaya dipancing sambil ditemani Julani (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia