Utusan Borneo (Sarawak)

APMM rampas minyak diesel RM220,000 di Pulau Redang

Kemungkina­n berlaku pemindahan minyak di tengah laut

-

SETIU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim (DM) 9 Kuala Terengganu merampas kira-kira 100,000 liter cecair minyak diesel bernilai hampir RM220,000 yang disyaki diseludup.

Ketua Penguatkua­sa DM 9, Laksamana Pertama Maritim Xavier Thevandas berkata minyak diesel itu ditemui ekoran penahanan sebuah kapal kargo minyak Mongolia kira- kira jam 1 pagi Jumaat lalu, yang sedang bersauh di Pulau Redang, dekat sini.

Katanya, pemeriksaa­n terhadap kapal itu mendapati master kapal gagal mengemukak­an perlepasan perlabuhan dan tidak melaporkan ketibaan di perairan Malaysia.

“Sampel minyak tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk pengesahan lanjut untuk memastikan sama ada minyak itu adalah minyak bersubsidi atau tidak.

“Jika minyak itu adalah minyak bersubsidi perkara ini akan dirujuk kepada Kementeria­n Perdaganga­n dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) untuk tindakan selanjutny­a,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Jika minyak itu adalah minyak bersubsidi perkara ini akan dirujuk kepada Kementeria­n Perdaganga­n dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK)

“untuk tindakan selanjutny­a. Laksamana Pertama Maritim Xavier Thevandas Ketua Penguatkua­sa DM 9

Beliau menambah APMM turut menahan enam anak kapal warganegar­a Indonesia yang berusia antara 21 dan 53 tahun, namun siasatan mendapati kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurut Xavier, pihaknya tidak menolak kemungkina­n berlaku aktiviti pemindahan minyak atau menerima minyak di tengah laut sebelum dikesan APMM, namun siasatan lanjut sedang giat dijalankan.

Katanya kapal terbabit dipercayai belayar dari pelabuhan Kemaman pada 18 Mac lalu sebelum bersauh di pulau peranginan itu.

Bagaimanap­un, APMM tidak dapat membawa pulang kapal tersebut ke jeti APMM di Kuala Terengganu kerana mengalami kerosakan pada bahagian enjin.

Xavier berkata master kapal itu boleh didakwa di bawah Kaedah 10 (1) dan kaedah 15 Peraturan Perlabuhan Persekutua­n 1953 iaitu tidak memaklumka­n ketibaan kapal di Malaysia.

Peraturan itu memperuntu­kkan denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau keduaduany­a sekali, jika sabit kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITAHAN: Kapal kargo yang membawa muatan minyak diesel yang berjaya ditahan oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) di Pulau Redang di Setiu, semalam.
— Gambar Bernama DITAHAN: Kapal kargo yang membawa muatan minyak diesel yang berjaya ditahan oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) di Pulau Redang di Setiu, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Xavier (kanan) melihat minyak diesel yang dibawa oleh sebuah kapal kargo yang berjaya ditahan di Pulau Redang di Setiu, semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA: Xavier (kanan) melihat minyak diesel yang dibawa oleh sebuah kapal kargo yang berjaya ditahan di Pulau Redang di Setiu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia