Utusan Borneo (Sarawak)

Penjenayah ditembak mati terbabit kes edar dadah dan senjata api

-

SEREMBAN: Dua lelaki yang ditembak mati di Jalan Rasah-Port Dickson kelmarin dipercayai terbabit dengan kes pengedaran dadah dan senjata api.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata mereka yang berusia 24 dan 40 tahun itu yang be- rasal dari Kota Tinggi, Johor turut dikehendak­i berkaitan ses samun, bunuh, rusuhan, pengedaran dadah dan gangster di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata kejadian itu berlaku apabila sepasukan anggota dari Stafoc Bukit Aman yang melakukan rondaan berhubung maklumat senjata api terserempa­k dengan kenderaan yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigak­an.

“Pasukan polis telah menghampir­i kenderaan tersebut dan mengarahka­n supaya kenderaan tersebut berhenti. Ketika pasukan polis keluar dari kenderaan mereka, tibatiba terdengar beberapa das tembakan dilepaskan dari arah kenderaan suspek.

“Kelihatan dua suspek memegang senjata api, lalu pihak polis mengambil perlindung­an dan dalam masa yang sama telah membalas tembakan bagi tujuan mempertaha­nkan diri,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2 di sini semalam.

Jaafar berkata kejadian berakhir dengan keduadua suspek ditembak mati sementara seorang anggota polis terkena tembakan yang dilepaskan suspek, namun terselamat.

Beliau berkata hasil pemeriksaa­n pada kenderaan yang dinaiki suspek, ditemui sepucuk revolver dan sepucuk pistol semi auto CZ.

Pihak polis turut menemui enam paket dadah dipercayai heroin pada suspek, katanya.

Beliau berkata seorang suspek turut mempunyai tatu bernombor 36 di bahagian lengan kirinya dan pihak polis percaya suspek merupakan anggota kumpulan kongsi gelap 36.

“Pihak polis akan meneruskan operasi mengesan saki-baki ahli kumpulan ini dan beberapa serbuan dan tangkapan telah dibuat susulan dari kejadian tembak menembak tersebut,” kata Jaafar.

Beliau berkata hanya dua suspek terlibat dalam kejadian berbalas tembak itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAN BUKTI: Jaafar (dua dari kiri) bersama Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun (kanan) menunjukka­n dua senjata api yang dirampas berhubung kes dua penjenayah ditembak mati semalam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban...
— Gambar Bernama BAHAN BUKTI: Jaafar (dua dari kiri) bersama Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun (kanan) menunjukka­n dua senjata api yang dirampas berhubung kes dua penjenayah ditembak mati semalam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia