Utusan Borneo (Sarawak)

Akauntan wanita ditemui lemas ketika selam skuba

-

JOHOR BAHARU: Seorang akauntan wanita ditemui mati lemas semalam, selepas dilaporkan hilang ketika sedang melakukan aktiviti selam skuba di Pulau Sibu, dekat Mersing, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mersing, DSP M.Kumar berkata mayat wanita berumur 31 tahun berkenaan ditemui pada kira-kira jam 8.20 pagi semalam oleh pasukan gerakan mencari dan menyelamat.

“Wanita itu merupakan warga Malaysia, namun, bekerja di Singapura.

“Difahamkan, dia tiba untuk bercuti di sebuah resort di pulau terbabit pada jam 10 pagi semalam (kelmarin), bersama-sama seorang rakan wanita dan empat rakan lelaki,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Kumar berkata wanita tersebut bersama rakanrakan­nya kemudian keluar melakukan aktiviti selam skuba itu pada jam 12 tengah hari dan dia disedari hilang oleh rakan-rakannya dua jam kemudian apabila tidak timbul ke permukaan laut.

Beliau berkata gerakan mencari dan menyelamat wanita itu bermula kelmarin dengan membabitka­n beberapa agensi termasuk pasukan polis marin, Anggota Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan pengendali resort.

Katanya, mangsa yang lengkap berpakaian skuba ditemui di kedalaman kira-kira 9.14m hingga 12.1m di tempat dia dilaporkan hilang.

Mayat wanita itu kemudianny­a dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia