Utusan Borneo (Sarawak)

Dua remaja maut kemalangan motosikal

-

KUALA LUMPUR: Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki mereka melanggar bucu kanan pacuan empat roda yang berhenti di laluan kecemasan kerana masalah enjin di Lebuhraya Seremban- Kuala Lumpur berhampira­n Desa Sri Petaling dekat sini awal pagi semalam.

Menurut polis, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, Mohd Bukharu Ishak, 24, dari Setapak dan pembonceng Nor Diannatasy­a Jefry Ariffin Saw, 16, dari Wangsa Maju, mening- gal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundanga­n Trafik Kuala Lumpur DSP S. Markandan berkata Mohd Bukharu yang menunggang di laluan kiri lebuh raya melanggar bucu kanan sebuah pacuan empat roda yang berhenti di laluan kecemasan kerana masalah enjin di Km4.1 lebuh raya itu.

“Akibat pelanggara­n berkenaan beliau tercampak di lorong sebelah kiri lebuh raya manakala remaja perempuan berkenaan tercampak ke lorong tengah.

“Sebuah Perodua Alza tidak sempat mengelak, lalu merempuh dan mengheret gadis berkenaan kira- kira 50 meter,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Pemandu pacuan empat roda dan pemandu Perodua Alza berkenaan tidak mengalami kecederaan, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia