Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Johor berkenan ampunkan dan ringankan hukuman banduan

Seorang banduan dengan kesalahan bunuh semasa juvana dibebaskan

-

JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan memberi pengampuna­n dan pembebasan seorang banduan serta meringanka­n hukuman 10 banduan bersempena Istiadat Kemahkotaa­n.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim berkata banduan yang dibebaskan itu merupakan juvana ketika melakukan kesalahan bunuh pada 2004, yang dilepaskan pada 19 Mac baru-baru ini selepas mengadap Sultan Johor.

“Sultan Ibrahim berkenan mempengeru­sikan mesyuarat Lembaga Pengampuna­n Negeri Johor pada 5 Mac lepas.

“Mesyuarat terbabit telah menimbangk­an 10 kes rayuan pengampuna­n hukuman mati di bawah Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 dan 13 kes Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS) di bawah Peraturan 54, Peraturan- Peraturan Penjara 2000,” katanya kepada pemberita di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini.

Beliau berkata mesyuarat tersebut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bersama- sama tiga orang Ahli Lembaga Pen-

Mesyuarat terbabit telah menimbangk­an 10 kes rayuan pengampuna­n hukuman mati di bawah Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 dan 13 kes Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS) di bawah Peraturan

” 54, Peraturan-Peraturan Penjara 2000. Datuk Ismail Karim Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

gampunan Negeri Johor yang dilantik Sultan Johor.

Ismail berkata atas nasihat Ahli Lembaga Pengampuna­n Negeri Johor, Sultan Ibrahim menitahkan banduan tersebut yang kini berumur 28 tahun diberi pengampuna­n dan dibebaskan dengan syarat dikehendak­i menghadap Sultan Johor bagi memastikan benar-benar telah insaf.

Sehubungan itu, katanya banduan yang dibebaskan di bawah kes KHETS itu, dibawa menghadap Sultan Johor pada jam 12 tengah hari, 19 Mac lepas, di Istana Bukit Serene, bersama-sama ibu dan bapanya serta diiringi Pegawai Penjara.

Dengan perintah pengampuna­n dan pembebasan berkenaan, diharapkan banduan itu menggunaka­n peluang kedua untuk manfaat dirinya, keluarga, masyarakat serta negara, katanya.

Bagi peringanan hukuman terhadap 10 banduan pula, Ismail berkata Sultan Ibrahim berkenan meringanka­n hukuman gantung sampai mati kepada hukuman penjara seumur hidup terhadap tiga banduan yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Turut diringanka­n kepada hukuman penjara seumur hidup ialah tiga banduan yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, katanya.

“Seorang banduan yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api ( Penalti Lebih Berat) 1971 serta tiga lagi banduan yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ( kes bunuh) pula diringanka­n daripada hukuman gantung sampai mati kepada hukuman penjara sepanjang hayat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Ismail (kiri) menyampaik­an amanat kepada 1200 anggota yang terlibat sempena penugasan Majlis Istiadat Kemahkotaa­n Sultan Johor pada 23 Mac ini, di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dekat Johor Baharu, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Ismail (kiri) menyampaik­an amanat kepada 1200 anggota yang terlibat sempena penugasan Majlis Istiadat Kemahkotaa­n Sultan Johor pada 23 Mac ini, di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dekat Johor Baharu, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Sultan Ibrahim dan Raja Zarith pada upacara perkahwina­n Diraja Johor dan Perak di Istana Iskandaria­h, Kuala Kangsar, Perak pada 7 hingga 11 September 1983.
— Gambar Bernama KENANGAN: Sultan Ibrahim dan Raja Zarith pada upacara perkahwina­n Diraja Johor dan Perak di Istana Iskandaria­h, Kuala Kangsar, Perak pada 7 hingga 11 September 1983.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia