Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar baharu Malaysia disambut meriah di Melbourne

-

MELBOURNE: Lebih 200 pelajar Malaysia menghadiri majlis ‘ Welcoming BBQ 2015’ untuk bertemu dan menyambut kira- kira 100 pelajar yang tiba di sini bulan lepas bagi memulakan pengajian akademik.

Acara itu yang berlangsun­g di Flagstaff Gardens kelmarin dirasmikan oleh Konsul Jeneral Malaysia, Datuk Dr Mohd Rameez Yahaya dan Pengarah Education Malaysia-Australia, Dr Suzzaini Abdullah.

Mohd Rameez mengingatk­an pelajar bahawa ibu bapa mereka telah melakukan pengorbana­n besar untuk menghantar mereka ke Melbourne bagi melanjutka­n pengajian.

“Tanggungja­wab kamu ialah belajar dengan bersungguh-sungguh, memperoleh kelulusan yang baik dan kembali ke tanah air untuk berkhidmat kepada negara,” kata beliau.

Suzzaini berkata pelajar Malaysia pada umumnya sentiasa mengekalka­n reputasi baik sebagai tetamu Australia.

“Fokus utama kamu haruslah kepada pelajaran. Tetapi kamu boleh menikmati dan memanfaatk­an pelbagai aspek baik cara kehidupan di Australia,” kata beliau.

Majlis itu dianjurkan oleh Majlis Pelajar Malaysia Australia (MASCA), Kelab UMNO Victoria dan EHSAN Victoria.

Sementara itu, wakil polis Victoria, Dinesh Nettur mengingatk­an pelajar supaya mengambil langkah berwaspada pada sepanjang masa.

Beliau memberi butiran tentang bagaimana untuk menghubung­i polis semasa kesulitan atau kecemasan atau jika memerlukan bantuan polis.

Nettur berkata pelajar tidak harus membawa pasport atau mana- mana kad pengenalan bersama mereka untuk mengelakka­n dokumen itu hilang atau dicuri.

“Satu- satunya dokumen pengenalan yang boleh dibawa ialah lesen memandu dan itupun jika kamu memandu kereta,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia