Utusan Borneo (Sarawak)

DAP juga pernah membelakan­gkan PAS

Dalam isu pilihan raya PBT, DAP tetap kemuka pada DUN walaupun PAS tidak setuju

-

MARANG: DAP perlu cermin diri sebelum memanggil PAS sebagai pengkhiana­t kerana parti itu juga pernah membelakan­gkan PAS, termasuk dalam isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pulau Pinang, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata tiada istilah ‘khianat’ kerana DAP menerusi penasihatn­ya Lim Kit Siang telah menandatan­gani kenyataan bersama pada tahun 2011 yang ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dalam pelaksanaa­n hukum hudud.

Turut menandatan­gani kenyataan bersama itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya.

“Kami buat kenyataan ber- sama bahawa kami (Pakatan Rakyat-PR) menerima hakikat itu adalah hak kerajaan Kelantan (untuk melaksanak­an hudud) dan kami beri ruang kepada DAP untuk tidak bersetuju.

“Kami tidak halang mereka untuk tidak setuju. Kami bukan orang Melayu yang mudah lupa. Kami orang Islam yang tidak lupa.

“Macam dalam isu pilihan raya PBT, kami (PAS) tidak setuju, tapi DAP tetap kemuka dalam (sidang) dewan (undangan) negeri dia (Pulau Pinang). Kami diam, tapi mereka tidak diam (dalam isu hudud). Itu bezanya,” katanya.

Abdul Hadi berkata demikian pada sidang media selepas penutupan Ijtima’ Antara-

Kami buat kenyataan bersama bahawa kami (Pakatan Rakyat-PR) menerima hakikat itu adalah hak kerajaan Kelantan (untuk melaksanak­an hudud) dan kami beri ruang kepada DAP untuk

” tidak bersetuju.

bangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 di sini, kelmarin.

Kelmarin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, menyifatka­n Abdul Hadi bertindak khianat dan sengaja melakukan provokasi untuk memecahbe- lahkan PR, kerana memberi notis kepada Parlimen pada 18 Mac lalu untuk melaksanak­an hukum hudud dengan meminda Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Sementara itu, mengulas mengenai pendirian PKR untuk tidak menyokong cadangan Rang UndangUnda­ng (RUU) persendiri­an itu di Parlimen, Abdul Hadi berkata perkara itu biasa dalam amalan demokrasi, malah perbezaan pendapat juga berlaku dalam parti.

“Pakatan Rakyat merupakan satu pakatan yang longgar ... memang ada dasar yang berbeza. Ada perkara yang sama dan ada perkara tidak. Kami tidak boleh halang (jika) ada dalam pakatan memberi pandangan berbeza,” katanya.

Abdul Hadi bagaimanap­un enggan mengulas sama ada PAS akan keluar daripada PR disebabkan perselisih­an itu, sebaliknya berkata ‘PAS masih bersama pakatan’.

Mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri bahawa RUU itu mungkin tidak dapat dibentangk­an pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsun­g sekarang, beliau berkata perkara itu boleh diputuskan mengikut budi bicara Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia).

Katanya mengikut Peraturan Mesyuarat, RUU persendiri­an hendaklah diusulkan dan perlu mendapat keizinan daripada seorang menteri terlebih dahulu sebelum boleh dibentangk­an.

“Soal sama ada boleh atau tidak mendapat majoriti (jika berlaku pengundian kelak), kami kena lihat tapi kewajipan kami adalah untuk membentang (RUU),” katanya. — Bernama

Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS

 ??  ?? MUHAMMAD SAID
MUHAMMAD SAID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia