Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan pusat dalam proses dapatkan tanah bina rumah mangsa banjir

-

TUMPAT: Kerajaan persekutua­n kini dalam usaha membeli tanah milik persendiri­an untuk pembinaan rumah kekal kepada mangsa banjir di negeri ini yang kehilangan kediaman akibat banjir pada Disember tahun lepas.

Pengerusi Jawatankua­sa Bersama Banjir Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata langkah tersebut antara inisiatif kerajaan persekutua­n bagi mempercepa­tkan pembinaan kira-kira 1,000 rumah kekal kepada mangsa yang tidak memiliki tanah sendiri.

“Kerajaan persekutua­n bersetuju untuk membina 1,244 buah rumah kekal daripada 1,827 rumah yang musnah sepenuhnya.

“Daripada jumlah itu (1,244) hanya 249 keluarga sahaja yang mempunyai status tanah yang jelas manakala 995 keluarga lagi status tanahnya masih diragui sama ada bukan hak milik sendiri dan sebagainya,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau kerja membaik pulih rumah mangsa banjir di Kampung Kebakat di sini, semalam.

Kerajaan Kelantan pula bersetuju untuk membina 600 rumah kekal kepada mangsa banjir.

Mustapa yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri berkata kerajaan persekutua­n setakat ini telah membina 249 rumah kekal kepada mangsa banjir di negeri ini.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 38 rumah telah siap sepenuhnya manakala 76 rumah lagi masih dalam pembinaan dan baki 135 buah rumah lagi masih dalam status prapembina­an,” katanya.

Beliau berkata kesemua rumah tersebut dijangka siap sepenuhnya menjelang Hari Raya Aidilfitri Julai depan.

Mustapa juga berkata kerja membaik pulih melibatkan sebanyak 2,676 rumah di seluruh negeri ini yang rosak akibat banjir, telah dilaksanak­an.

“Sebanyak RM10,000 diperuntuk­kan kepada setiap rumah untuk kerja-kerja membaik pulih tersebut.

“Di jajahan Tumpat sahaja, 30 rumah layak dibaiki dengan 25 telah siap sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Mustapa meminta Majlis Keselamata­n Negara ( MKN) Kelantan untuk menyegerak­an pen- gagihan bantuan wang ihsan kepada kira-kira 87,470 keluarga mangsa banjir sebelum akhir Mac ini.

“Sehingga kini hanya 29,162 keluarga memperoleh wang ihsan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga,” katanya.

Terdahulu, beliau menyerahka­n kunci rumah projek pembinaan semula rumah terbakar kepada dua keluarga masing-masing di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor dan Kampung Repek, Pasir Mas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Mustapa Mohamed (tiga,kiri) meriba Mohd Norhisham Hanif Yaakub, tiga bulan ketika hadir pada Majlis Pembaikan Rumah Mangsa Banjir di Kampung Kebakat, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Mustapa Mohamed (tiga,kiri) meriba Mohd Norhisham Hanif Yaakub, tiga bulan ketika hadir pada Majlis Pembaikan Rumah Mangsa Banjir di Kampung Kebakat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia