Utusan Borneo (Sarawak)

BN umum pendirian hudud selewat-lewatnya Selasa

-

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) akan mengumumka­n pendirian parti itu berhubung pelaksanaa­n hukum hudud di Kelantan selewat-lewatnya Selasa ini, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Pengumuman i tu akan dibuat oleh Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak selewat-lewatnya esok atau lusa. Seperti diketahui, hudud mesti mengikut Perlembaga­an negara.

“Saya tidak kata yang kami menentang hudud. Hukum tetap hukum. Sebagai orang Islam, hukum Allah merupakan hukum. Pihak yang memainkan (isu) ini ialah DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya ketika diminta mengulas pendirian BN terhadap isu hukum hudud.

Tengku Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pasukan Sukarelawa­n Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) dan Kelab Rukun Tetangga Suria (Cawangan Bunga Matahari) di sini semalam.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis meluluskan Rang Undang- Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanak­an kelak di negeri itu.

Bagaimanap­un rang undang- undang itu hanya boleh dilaksanak­an selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutua­n, berkata isu hudud sebenarnya merupakan provokasi DAP dan PKR, yang cuba mengeliruk­an dan memecah- belahkan BN.

“Mereka ingat mereka boleh memecah-belahkan BN. Kepimpinan BN adalah berbeza kerana kami percaya pada keputusan konsensus dan kerana itulah kami mengadakan mesyuarat khas dengan semua pemimpin utama parti komponen BN untuk mendapat pandangan mengenai hukum hudud.

“Walau apapun, kita kena ikut perlembaga­an. Hudud PAS adalah hudud politik,” katanya.

Pasukan Sukarelawa­n COMBI ditubuhkan agar mereka boleh mengadakan gotong- royong secara berkala terutamany­a di kawasan kediaman bagi menghapusk­an pembiakan dan tempat pembiakan nyamuk aedes yang menyebarka­n virus denggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia