Utusan Borneo (Sarawak)

MIC tolak hudud, kata Palanivel

-

BUTTERWORT­H: MIC semalam membuat pendirian untuk tidak menyokong usul PAS membentang­kan rang undang-undang persendiri­an di Parlimen bagi membuka jalan terhadap pelaksanaa­n hukum hudud di Kelantan.

Presidenny­a, Datuk Seri G. Palanivel berkata rang undang-undang hudud itu disifatkan bertentang­an dengan Perlembaga­an Persekutua­n.

Katanya parti itu sealiran dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain iaitu MCA dan GERAKAN yang tegas menolak pelaksanaa­n hukum hudud di negara ini.

“Kita menentang, tidak boleh sokong (hukum hudud). Saya akan keluarkan kenyataan tentang hukum hudud ini selepas persidanga­n Dewan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama pemimpin dan anggota MIC Pulau Pinang di sini.

Turut hadir Pengerusi MIC Pulau Pinang, M. Karuppanan.

Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga akan mengeluark­an kenyataan berhubung perkara itu selepas Dewan Rakyat selesai bersidang pada 9 April ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia