Utusan Borneo (Sarawak)

Torres bantu Atletico raih tiga mata

-

lepas.

Torres menanduk satu tendangan percuma Koke seawal minit ketiga untuk gol pertama beliau dalam liga selepas kembali ke kelab lamanya pada bulan Februari dari AC Milan.

Beliau tiba dengan kurang keyakinan selepas tempoh hambar di Chelsea dan Milan dan ketika beliau setakat ini membuktika­n beliau pembelian yang hebat, jurulatih Atletico, Diego Simeone merasakan Torres harus memberikan lebih banyak lagi sumbangan.

“Beliau semakin bagus dan berganding­an baik dengan rakan sepasukann­ya,” kata Simeone ketika memberitah­u satu sidang media. “Kami masih memerlukan lebih banyak sumbangan daripada beliau dan beliau adalah pemain yang biasa dengan tekanan. Jika kami tidak mendesak, maka ia tidak bagus untuk beliau.

“Beliau adalah seorang pemain yang hidup untuk menjaringk­an gol dan beliau perlu menjaringk­an gol dalam liga. Beliau bekerja- keras dan mempunyai persaingan yang sihat dengan (Mario) Mandzukic.”

Koke juga memainkan peranan dalam gol kedua sebelum rehat apabila satu lagi tendangan percuma beliau disempurna­kan oleh Tiago.

Atletico beraksi tanpa beberapa pemain utama kerana kecederaan dan penggantun­gan tetapi kelihatan berbisa di jentera serangan.

Pasukan tuan rumah, yang mengurangk­an asakan dalam separuh masa kedua dengan Getafe gagal memberikan cabaran yang kuat, kini kurang satu mata di belakang pasukan di tangga ketiga, Valencia, dengan 59 mata.

“Saya fikir tanggungja­wab dan tekanan sentiasa wujud tetapi kejayaan yang kami capai dalam beberapa tahun yang lalu jelas bermakna bahawa akan ada jangkaan yang lebih tinggi,” kata Simeone.

“Sekarang kami mempunyai pasukan seperti Villarreal, Valencia dan Sevilla yang memberikan cabaran kepada kami.”

Pada perlawanan lain, Athletic Bilbao menewaskan Almeria 2-1 menerusi gol Xabier Etxeita dan Mikel Rico sementara Celta Vigo menewaskan Levante 1-0, Rayo Vallecano menewaskan Malaga 1-0 dan Granada seri tanpa jaringan dengan Eibar. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia