Utusan Borneo (Sarawak)

La’an United ternyata hebat

Juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala ADUN Dalat

- Oleh Bryan Bell

DALAT: La’an United dinobatkan juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Datuk Fatimah Abdullah 2015 di Padang Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) di daerah kecil Oya, di sini petang kelmarin.

La’an United berjaya menundukka­n pasukan Pemuda Boom dari Kampung Boom, Oya dengan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0.

La’an United melangkah ke final setelah mengatasi pasukan handalan Oya, KT Team 5-4 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 0-0 pada perlawanan separuh akhir.

Manakala pasukan Pemuda Boom mengatasi pasukan RMPD dengan jaringan 1-0 pada aksi separuh akhir.

Kejohanan itu disertai sebanyak 15 pasukan mewakili daerah kecil Oya dan Dalat dianjurkan Biro Sukan dan Kebajikan Sosial Belia serta Pemuda PBB Ranting Kampung Boom, Oya.

La’an United membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM1,000 berserta piala dan medal. Sementara naib juara ( Pemuda Boom) menerima wang tunai RM600, piala dan medal.

Manakala dua pasukan menduduki tempat ketiga bersama iaitu RMPD FC dan KT Team masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM300 piala dan medal.

Hadiah-hadiah pemenang disampaika­n oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga merangkap ADUN Dalat, Datuk Fatimah Abdullah.

Hadir sama suaminya, Datu Adi Badiozaman Tuah, Ketua- ketua masyarakat serta peminat dan penyokong pasukan yang terlibat.

Pengerusi pengelola selaku Ketua Pemuda PBB Cawangan Dalat, Razli Rajaie berkata kejohanan ini untuk memilih pemain- pemain bakal menyarung jersi Daerah Oya pada kejohanan Piala Kaul Mukah sempena Pesta Kaul Mukah 2015 nanti.

Razli memberitah­u kejo- hanan bola sepak terbuka merebut Piala Datuk Fatimah juga diadakan di tempat sama pada Mei depan dengan menghadkan hanya 32 pasukan.

Katanya, sempena Pesta Kaul Oya tahun ini pihak jawatankua­sa pengelola turut membuka penyertaan bagi kejohanan Futsal 4x4.

 ??  ?? JUARA: Pemain La’an United merakam kenangan bersama tetamu dan jawatankua­sa penganjur selepas majlis penyampaia­n hadiah.
JUARA: Pemain La’an United merakam kenangan bersama tetamu dan jawatankua­sa penganjur selepas majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? TAHNIAH: Fatimah (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada kapten pasukan La’an United di Padang MDDM Daerah Kecil Oya petang kelmarin.
TAHNIAH: Fatimah (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada kapten pasukan La’an United di Padang MDDM Daerah Kecil Oya petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia