Utusan Borneo (Sarawak)

PSG melonjak ke tangga teratas

-

PARIS, Perancis: Paris Saint Germain ( PSG) melonjak ke tangga teratas Ligue 1 Perancis buat kali pertama musim ini selepas pencabar terkuat mereka musim ini, Lyon, tewas 1-2 kepada Nice Sabtu lepas.

PSG menewaskan Lorient 3-1 Jumaat lepas menerusi hatrik Zlatan Ibrahimovi­c dan keputusan itu membolehka­n PSG mengumpul 59 mata dari 30 perlawanan dengan Lyon, yang merampas pendahulua­n liga dari Marseille pada perlawanan pertama tahun ini, di tangga kedua dengan kurang satu mata.

Marseille, yang kurang lima mata di belakang PSG di tangga ketiga, boleh merapatkan kedudukan di belakang Lyon sekiranya menewaskan Lens pada perlawanan lewat.

Jurulatih Lyon, Hubert Fournier, menerima hakikat di mana pasukannya, dengan kebanyakan pemain kelahiran akademi kelab, mungkin melakukan satu kesilapan besar.

“Kami kehilangan tiga mata pada tempoh yang sangat penting dalam musim ini,” kata beliau. “Anda tidak dapat berkata ‘oh kami akan mengejar mereka kemudian’.”

“Tetapi bagaimana anda boleh berasa marah apabila jentera serangan anda mempunyai purata usia 21 tahun dan keseluruha­n pasukan anda kekurangan pengalaman untuk berdepan dengan tekanan pada perlawanan seperti ini,” tambah beliau.

“Kami tahu ia adalah sukar dengan Nice bergelut mengelak penyingkir­an dan kami bermain tanpa beberapa pemain utama.”

Lyon tidak dapat menurunkan penyerang utama, Alexandre Lacazette kerana penggantun­gan tetapi Nice kurang seorang pemain apabila Lloyd Palun dibuang pada pada minit ke56.

Tendangan penalti membolehka­n Maxime Gonalons mengikat kedudukan selepas pasukan pelawat membuka jaringan dari satu tendangan akrobatik Carlos Eduardo pada mini tke-23.

Tetapi satu tendangan penalti lewat menyaksika­n Nice kembali di hadapan pada minit ke-86 dengan Valentin Eysseric tidak menghadapi masalah menyempurn­akan gol dan menyingkir­kan Lyon dari singahsana liga.

Claude Puel, bekas jurulatih Lyon yang kini membimbing Nice, tidak bersimpati dengan bekas kelabnya ketika beliau berusaha mengelak kelab dari penyingkir­an musim ini.

“Saingan penyingkir­an liga pastinya sengit,” kata Puel, di mana pasukannya kini berada lima mata di atas zon penyingkir­an.

“Dan dari segi saingan kejuaraan liga dan memperlaha­nkan kemaraan Lyon, saya berasa gembira kerana kami menang dan kami menang dengan kualiti permainan.”

Jurulatih baharu Toulouse, Dominique Arribage menyaksika­n pasukannya mengutip tiga mata penting apabila menewaskan Bordeaux 2-1 sementara Evian menewaskan Montpellie­r 1-0 menerusi gol Clarck N’Sikulu.

Nantes diikat tanpa jaringan oleh Rennes sementara dua lagi keputusan turut menyaksika­n keputusan seri, dengan Bastia dan Caen masing-masing seri dengan Guingamp dan Metz. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia