Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Sumbangsih: V8 FC bertemu Bushna Nazario FC

-

SIBU: Pasukan V8 FC akan bertemu dengan Bushna Nazario FC bagi perebutan Piala Sumbangsih sempena pembuka tirai Liga Sibu 2015 yang dijadual bermula pada 28 Mac ini.

Perlawanan dijadual berlangsun­g di Stadium Tun Zaidi bermula jam 3 petang mempertemu juara Divisyen 1 Liga Sibu 2014 (V8) dengan juara Piala Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu (SFA) 2014 (Bushna).

Setiausaha SFA, Abdul Hajis Abdullah berkata sepak mula akan dilakukan Menteri Muda Kemajuan Belia merangkap Menteri Muda Perumahan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Sehubungan itu, kita menjemput semua peminat bola sepak datang ke stadium menyaksika­n perlawanan antara kedua-dua pasukan yang dijangka sengit,” katanya di sini semalam.

Mengenai Liga Sibu 2015, Abdul Hajis memberitah­u 10 pasukan bertanding dalam Divisyen 1 dan 14 pasukan dalam Divisyen 2 menjadikan keseluruha­n mengambil bahagian 24 pasukan.

“Secara keseluruha­n, jumlah pasukan mengambil bahagian pada tahun ini meningkat sedikit berbanding Liga Sibu 2014 sebanyak 21 pasukan.

“Hampir separuh pasukan mengambil bahagian khususnya dalam Divisyen 2 merupakan pasukan baharu,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia