Utusan Borneo (Sarawak)

Liga MPP kembali lagi dengan aksi yang lebih sengit

-

KUCHING: Kejohanan Bola Sepak Liga Jemputan MPP (Majlis Perbandara­n Padawan) 2015 kembali lagi memeriahka­n jadual perlawanan bola sepak tempatan dengan menjanjika­n saingan lebih sengit.

Penasihat kejohanan, Edward Stephen Kurik berkata liga kali ini diadakan lebih awal selewat-lewatnya pertengaha­n Mei depan dan dianjurkan bersama Kelab Bola Sepak Padawan.

“Liga Jemputan MPP 2015 akan bermula selewat-lewatnya pertengaha­n Mei dan akan cuti rehat sekiranya masih berlangsun­g sehingga Gawai.

“Kita menjangkak­an jumlah pasukan menyertai liga kali ini mencecah 40 pasukan. Ini berdasarka­n sambutan sangat baik tahun lalu sehingga penganjur terpaksa membuat tapisan,” katanya.

Edward berkata, format kejohanan dikekalkan secara liga dan jawatankua­sa teknikal mengadakan mesyuarat bagi membincang­kan pelbagai aspek dalam waktu terdekat.

Pengumuman awal bagi membolehka­n pasukan berminat melakukan persiapan terbaik menghadapi kejohanan yang mungkin menampilka­n pasukan baharu.

Penganjur juga akan menyingkir­kan pasukan sebelum ini yang dikenal pasti gagal menyerlah dan tidak menunjukka­n disiplin tinggi sebagai memberi laluan kepada pasukan lain.

Seperti kejohanan sebelum ini, Liga MPP menawarkan hadiah wang tunai agak lumayan kepada pemenang selain piala pusingan dimenangi pasukan juara dua kali.

Bagaimanap­un, jumlah hadiah wang tunai dan gelaran lain akan dimuktamad­kan pada mesyuarat teknikal nanti.

“Penyertaan dibuka sebaik sahaja semuanya telah dimuktamad­kan dan pengumuman akan dibuat kelak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia