Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an NILAM didik pelajar minat membaca

-

DEDIE Mon Ziqi dari Sekolah Rendah (SK) Rayang, Serian muncul johan kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam pertanding­an Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) 2015 Peringkat Bahagian Kuching dan Samarahan di Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Kuching-Samarahan di bangunan RTM, Kuching baru-baru ini.

Sementara itu Azriq Rashid Hussein (SK Sageng, Simunjan) dan (SK Simpang Kuda) muncul naib johan dan tempat ketiga.

Kategori bahasa Inggeris pula, Alvin Allaster Antono dari SK Matang Jaya, Padawan muncul johan dan Asiy Hilman Waiz Mohd Borhanizam (SK Serian) dan Aqilah Syazawani Junaidi (SK Abang Kadir, Gedong) tempat kedua dan ketiga.

Kategori Bahasa Melayu Sekolah Menengah pula menyaksika­n Hanis Atirah Fathi, pelajar Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah muncul johan dan Mcmillen Otoh (SMK Sematan, Lundu) dan Arisa Stella Tekung (SMK Paku, Bau) di tempat kedua dan ketiga.

Kabir Edward Dhaliwall dari SMK Jalan Arang muncul johan kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah dengan Ernest Hoo Steward (SMK Sematan, Lundu) dan Hesta Bong Wen Tze (SMK Serian) memenangi tempat kedua dan ketiga.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak Shirini Mastura penghormat­an merasmikan pertanding­an itu.

Pertanding­an NILAM 2015 Peringkat Bahagian Kuching dan Samarahan ini diadakan bagi mencungkil bakat murid dalam pengetahua­n berdasar pembacaan bahan ilmiah di samping mencari wakil bahagian ke peringkat pertanding­an negeri Sarawak.

Shirni berkata pertanding­an itu bagi menggalak murid agar menyemai sikap suka membaca dalam diri masing-masing di samping memanfaatk­an Aras Tinggi (KBAT).

“Jika diberi satu soalan, murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baharu dan melihat dari beberapa sudut,” katanya sambil menambah bahawa NILAM merupakan asas kepada pemahaman murid berhubung perkara ini.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Pengarah Penyiaran Kawasan Sarawak, RTM Sarawak Jamil Seman, pegawai pendidikan Daerah Kuching-Samarahan, pengetua, guru besar, pegawai dari Pusat Kegiatan Guru KuchingSam­arahan dan pegawai dari Pusat Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak Bahagian Kuching-Samarahan.

 ??  ?? BUAT KENANGAN: Pemenang merakam gambar kenangan bersama pegawai Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Kuching-Samarahan pada Pertanding­an NILAM 2015 baru-baru ini.
BUAT KENANGAN: Pemenang merakam gambar kenangan bersama pegawai Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Kuching-Samarahan pada Pertanding­an NILAM 2015 baru-baru ini.
 ??  ?? GEMBIRA: Murid-murid SK Labang gembira menerima bantuan persekolah­an daripada YSS.
GEMBIRA: Murid-murid SK Labang gembira menerima bantuan persekolah­an daripada YSS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia