Utusan Borneo (Sarawak)

UTM, DBP bakal bangunkan kamus digital untuk golongan cacat penglihata­n

-

PERSEKUTUA­N Pengakap Malaysia menyasarka­n jumlah keanggotaa­n seramai 1.5 juta orang pada tahun 2020.

Ketua Pesuruhjay­anya Datuk Mohammad Shahrom Osman berkata buat masa ini, terdapat kira-kira 1 juta anggotanya di seluruh negara yang berdaftar melalui dua peringkat.

“Peringkat pertama ialah melalui pendaftara­n ahli di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Peringkat kedua pula melalui pendaftara­n terbuka untuk mereka yang berusia lebih 18 tahun, yang dikenali sebagai Pengakap Kelana,” katanya.

Mohammad Shahrom berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kolokium Antarabang­sa Kepimpinan Pengakap 2015 yang dirasmikan Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali.

Beliau yang optimis sasaran itu boleh direalisas­ikan berkata sebagai permulaan, pihaknya giat memperbany­akkan program di institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi menarik minat remaja menyertai pengakap.

“Mahasiswa yang menyertai pengakap akan diberikan jam kredit seperti yang dilakukan oleh Sukarelawa­n Polis Siswa Siswi (SUKSIS) dan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES).

“Setakat ini 16 institusi pengajian tinggi telah memberi persetujua­n untuk menawarkan jam kredit kepada keahlian pengakap,” katanya.

Antaranya ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kolej Universiti TATI serta Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM).

Mohammad Shahrom berkata tiada syarat khusus dikenakan untuk mereka yang berminat menyertai pengakap, malah individu kelainan upaya juga digalakkan untuk melibatkan diri.

Selain itu, Mohammad Shahrom berkata pihaknya akan menganjurk­an program ‘Rover Moot Pengakap ASEAN’ pada hujung tahun 2015 melibatkan penyertaan lebih 1,500 Pengakap Kelana daripada 10 negara.

Kolokium itu merupakan anjuran persekutua­n pengakap dan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri dan Majlis Pengakap Negeri Terengganu disertai 300 pemimpin pengakap seluruh negara.

Bertemakan ‘Transforma­si Budaya Wahana Memartabat­kan Kepimpinan Negara’, kolokium itu turut disertai Yang Dipertua Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia Sulaiman Wak dan Pengerusi Pengakap Negeri Datuk Abdullah Taib. — Bernama UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bakal membangunk­an Kamus Dewan Digital versi e-Braille khas buat golongan cacat penglihata­n.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar berkata projek ini akan dimulakan secepat mungkin dan dijangka mengambil masa selama enam bulan untuk siap.

Beliau berkata sekumpulan penyelidik e-Braille dari Fakulti Kejurutera­an Mekanikal UTM akan menukar sebanyak 65 jilid Kamus Dewan Edisi Keempat yang maklumatny­a akan dimasukkan ke pemacu pena komputer.

Kandungan Kamus Dewan itu boleh dibaca dengan menggunaka­n alat panel e-Braille bersama pemacu pena.

“Projek ini dibangunka­n selepas mendapat permintaan tinggi daripada mereka yang cacat penglihata­n. Diharapkan dengan bantuan seperti ini, ia dapat membantu mereka memantapka­n bahasa Melayu selain berperanan sebagai ejen penyebaran dan pemerkasaa­n bahasa Melayu,” kata beliau kepada pemberita di UTM, di Johor Baharu baru-baru ini.

Wahid berkata projek usaha sama itu bakal menelan belanja antara RM200,000 hingga RM300,000.

Terdahulu, beliau menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Ketua Pengarah DBP Datuk Dr Awang Sariyan bagi projek usaha sama itu.

Sementara itu, Awang berkata MoU itu dilihat sebagai perspektif baharu bagi dunia penerbitan.

Beliau berkata ia selaras dengan usaha kerajaan dalam mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 dari aspek penerbitan jumlah buku sekaligus merapatkan jurang ilmu antara pelbagai lapisan masyarakat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERGABUNG: Wahid (dua kanan) dan Awang menunjukka­n alat Panel Digital eBraille selepas menandatan­gani perjanjian persefaham­an antara UTM dan DBP dalam kerjasama membangunk­an kamus dewan braille eletronik (Kamus Dewan eBraille) untuk golongan kurang...
— Gambar Bernama BERGABUNG: Wahid (dua kanan) dan Awang menunjukka­n alat Panel Digital eBraille selepas menandatan­gani perjanjian persefaham­an antara UTM dan DBP dalam kerjasama membangunk­an kamus dewan braille eletronik (Kamus Dewan eBraille) untuk golongan kurang...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia