Utusan Borneo (Sarawak)

Penuhi keperluan

- Oleh Saleman Senin

PENJAGAAN kesihatan amat penting dilakukan oleh setiap lapisan rakyat agar kesejahter­aan negara dapat dicapai.

Kepekaan rakyat dalam memupuk nilai kesedaran ini terus diberi penekanan.

Dalam pada itu, pembukaan pusat farmasi, PMG Pharmacy (Betong) membuka lembaran baharu kepada industri produk kesihatan di Betong.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hwang Chiong Ann, PMG menawarkan perkhidmat­an dalam bidang perubatan seperti klinik, farmasi, klinik pergigian, x-ray dan perkhidmat­an makmal.

“Meskipun bidang perubatan memerlukan kepakaran dari segi pengendali­an setiap urusan berkaitan namun kami percaya dengan sokongan setiap lapisan masyarakat akan memberi jaminan untuk kami terus bertapak dalam industri ini di sini.

“Atas jaminan kepakaran yang dimiliki, kami bersedia dan setia dalam memberikan perkhidmat­an yang cemerlang kepada semua lapisan masyarakat yang memerlukan perkhidmat­an mahupun produk yang kami keluarkan,” katanya semasa mengulas berhubung operasi PMG Pharmacy (Betong) pada perasmian pembukaan farmasi tersebut dekat Betong, baru-baru ini.

Jelasnya, PMG Pharmacy Betong membekalka­n pelbagai jenis ubat dan produk kesihatan khas untuk keperluan semua orang awam.

“Selain itu kami menawarkan harga berpatutan keatas semua jenis ubat-ubatan dan produk

 ??  ?? TERSUSUN RAPI: Pelbagai ubat-ubatan boleh diperolehi di farmasi ini.
TERSUSUN RAPI: Pelbagai ubat-ubatan boleh diperolehi di farmasi ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia