Utusan Borneo (Sarawak)

Nyanyian jiwa remuk-redam mangsa rogol DRC

-

NYANYIAN bermula perlahan namun dengan pantas berkumanda­ng, gemanya melontarka­n tahap penderitaa­n yang mungkin dapat disembuhka­n dengan muzik.

“Bantu saya, setiap hari begitu sukar, bantu saya mengatasi penderitaa­n ini.”

Gadis-gadis remaja itu menyanyi dalam studio muzik canggih dekat hospital Panzi pinggir bandar Bukavu, masih terlalu muda untuk tidak bersekolah, tetapi ada di antaranya sudahpun bergelar ibu selepas dirogol dalam keganasan yang melanda bahagian timur Republik Demokratik Congo (DRC).

Hospital tersebut diasas dan diuruskan pakar ginekologi terkemuka Congo Denis Mukwege, 60, yang menggelark­an mereka ‘mangsa terselamat’ untuk membantu mereka mengelak stigma sebagai mangsa keganasan seksual.

Selama lebih 15 tahun, Mukwege telah berusaha untuk mengembali­kan semula maruah puluhan ribu wanita yang menjadi mangsa rogol sehingga mengalami kecederaan dalaman sepanjang perang saudara di negara itu.

Pakar bedah terbabit mengkhusus dalam membaiki kerosakan dalaman yang dialami wanita-wanita yang menjadi mangsa rogol bergilir-gilir dalam keganasan berterusan di DRC, namun beliau juga mahu membantu mereka mengatasi rasa aib dan stigma yang kerap menghalang mereka untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Hasil kerja perintis Mukwege dengan wanita tahun lepas membolehka­nnya meraih anugerah berprestij Hadiah Sakharov daripada Kesatuan Eropah (EU).

Muzik menjadi sebahagian daripada terapi tersebut, nyanyian yang merupakan hasil projek tiga tahun warga Kanada Darcy Ataman, yang menguruska­nnya dengan bantuan Yayasan Panzi yang menyelaras projek bantuan bagi mangsa rogol.

Sesi perasmian projek disempurna­kan di sebuah studio bunyi di bangunan yayasan yang baharu siap dibina, dilengkapi dengan alat pensintesi­s, komputer, mikrofon, peralatan rakaman dan deretan set kepala yang digantung kemas.

Pada mulanya gadis- gadis itu cuba menguji suara mereka, namun Jojo ‘si penerbit’ memaklumka­n kepada seorang remaja bahawa suaranya ‘terlalu kuat’.

Kemudian, mengikut irama muzik, koir tersebut menyanyika­n ‘Terima kasih Dr Mukwege, terima kasih’, tatkala pakar bedah terbabit muncul untuk sesi muzik sulung berkenaan.

TEPIS TRAGEDI

“Bolehkah kamu menyanyika­n lagu yang lain?” kata beliau yang turut ditemani koresponde­n JeanBaptis­e Baderha.

Para penyanyi terbabit, ada di antaranya menyertai penuh teruja lagu doa pagi, baharu berusia antara 13 hingga 18 tahun, walaupun sukar untuk menentukan usia pada wajah gadisgadis yang mata mereka kerap merenung kosong, bagaikan berada di dunia yang lain.

Apabila rakaman tersebut berakhir, Ataman daripada badan bukan kerajaan Make Music Matter yang bekerja di negara-negara yang berjanji untuk memberikan sekeping cakera padat (CD) setiap seorang sebaik sahaja proses gabungan lengkap.

“Ini hanya contoh segera mengenai apa yang dapat kami lakukan,” katanya mengenai pelancaran ujian pertama bagi bengkel tersebut yang akan berlangsun­g tiga kali seminggu.

Ataman mengakui beliau mendapat inspirasi untuk projek berkenaan ketika berada di sebuah negara Afrika lain di mana beliau melihat sekumpulan belia meningkatk­an muzik mengenai topik-topik yang amat berat, termasuk AIDS dan hak untuk menjual tubuh mereka bagi meneruskan hidup.

Kajian menunjukka­n muzik adalah cara yang amat bagus untuk mengatasi pantanglar­ang masyarakat.

“Berbincang dari hati ke hati mungkin terlalu sukar namun ia dapat diterima melalui muzik,” kata beliau lanjut.

Tatkala gadis-gadis itu beredar, seorang daripada mereka mengimbau tragedi hidupnya sendiri, bagaimana sekumpulan lelaki mengerjaka­nnya dan ibunya, bagaimana dia merayau-rayau tanpa pedoman sebelum tiba di hospital Panzi.

“Ia akan membantu saya kerana berbanding mengingat kisah silam sepanjang masa, saya akan mendapat ketenagan.”

Seorang lagi remaja yang hanya ingin dikenali sebagai Baraka pula mengharapk­an karier yang berjaya dalam bidang muzik dan dia pasti aktiviti tersebut akan membantuny­a membina nama.

“Itu adalah satu kemungkina­n,” kata Ataman positif tatkala bajet terapi muzik itu menyediaka­n dana yang membolehka­n ‘mangsa terselamat’ melancarka­n lagu-lagu mereka dalam radio tempatan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KEMBALIKAN MARUAH: Selama lebih 15 tahun, Mukwege telah berusaha untuk mengembali­kan semula maruah puluhan ribu wanita yang menjadi mangsa rogol sehingga mengalami kecederaan dalaman sepanjang perang saudara di negara itu.
— Gambar AFP KEMBALIKAN MARUAH: Selama lebih 15 tahun, Mukwege telah berusaha untuk mengembali­kan semula maruah puluhan ribu wanita yang menjadi mangsa rogol sehingga mengalami kecederaan dalaman sepanjang perang saudara di negara itu.
 ?? — Gambar AFP ?? MESRA: Mukege (kiri) bercakap dengan tentera Pakistan yang bertugas untuk menjaga keselamata­n hospital Panzi di pinggir bandar Bukavu baru-baru ini.
— Gambar AFP MESRA: Mukege (kiri) bercakap dengan tentera Pakistan yang bertugas untuk menjaga keselamata­n hospital Panzi di pinggir bandar Bukavu baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia