Utusan Borneo (Sarawak)

Planet Bola revolusi bola sepak negara bermula dari akar umbi di TV3

-

PROGRAM Pembanguna­n Bola Sepak Negara (PPBN) telah dirasmikan olah Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak pada 10 April 2014 tahun lalu. Program ini merupakan satu inisiatif gandingan Kementeria­n Pelajaran Malaysia, Kementeria­n Belia dan Sukan, serta Persatuan Bola Sepak Negara untuk mendidik dan melahirkan lebih ramai pemain bola sepak daripada golongan kanakkanak.

Justeru, sebagai rakan media kepada Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara ini, dengan tangan terbuka, TV3 akan menggalas tanggungja­wab sebagai stesen televisyen nombor satu Malaysia untuk mempromosi­kan PPBN dengan mengadakan satu program setengah jam, sebanyak 30 episod dinamakan Planet Bola yang telah pun disiarkan mulai 14 Mac 2015 yang lalu, setiap Sabtu pada jam 5.30 petang.

Menepati dengan misi PPBN, untuk mewujudkan satu ekosistem pembanguna­n bola sepak yang sistematik dan menyeluruh ke arah meningkatk­an kuantiti serta kualiti pemain bola sepak negara, melalui Planet Bola, TV3 sedia membantu untuk mewarwarka­n perkembang­an dunia bola sepak dan khususnya perkembang­an PPBN.

TV3 juga berhajat untuk membantu PPBN untuk merekrut peserta-peserta baru dengan program Planet Bola ini. Ini sebagai tanda sokongan TV3 terhadap PPBN yang ingin melatih 52,000 pemain menjelang tahun 2020.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, TV3 dan TV9, Sherina Nordin, “Planet bola ini diwujudkan demi menaikkan martabat sukan bolasepak negara dari usia yang awal lagi. Ibarat melentur buluh biar dari rebungnya, inisiatif PPBN ini wajar diberi perhatian. Oleh itu, TV3 akan menggalas tanggung jawab ini agar orang ramai tahu akan inisiatif PPBN ini, lantas mengalu-alukan lebih banyak penglibata­n dan penyertaan golongon muda kita.”

Setiap episod merangkumi tiga segmen dan akan disiarkan selama 30 minit dengan anggaran 10 minit setiap segmen.

Program ini akan memuatkan rangkuman mingguan aksi ligaliga peringkat umur 7 – 17 tahun dan mengenali bakat-bakat baru yang berpotensi di masa hadapan untuk menyemarak­kan kemeriahan kebangkita­n generasi baru bolasepak negara.

Saksikan gelagat adikadik kita beraksi dan ikuti perkembang­an Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara dalam program Planet Bola, setiap Sabtu jam 5.30 petang di TV3.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia