Utusan Borneo (Sarawak)

RM200 juta untuk Program Bantuan Rumah seluruh negara tahun ini

-

TAWAU: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntu­kkan RM200 j u t a u n t u k melaksanak­an Program Bantuan Rumah (PBR) di seluruh negara tahun ini, kata Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM50.2 juta diperuntuk­kan kepada Sabah dan RM50 juta di Sarawak.

“Peruntukan itu meliputi pembinaan sebanyak 2,756 unit rumah baharu dan membaik pulih sebanyak 5,744 buah rumah di seluruh negara. Kami sudah mengenal pasti dan telahpun menerima senarai keluarga yang akan menerima bantuan rumah tersebut.

“Setiap rumah berharga RM50,000 seunit dan pembinaan beberapa buah rumah telah mula dilaksanak­an,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sentosa, Hill Top, di sini semalam.

Bagi memastikan PBR dapat dilaksanak­an dengan lebih efisien dan holistik, beliau berkata pihak kementeria­n akan memastikan semua penerimaba­ntuanmempu­nyai tapak untuk membina rumah tersebut.

“Penyediaan tapak adalah sangat penting ... kami tidak mahu ada masalah yang timbul apabila rumah itu siap kelak, kerana tapak yang telah dibina rumah itu adalah milik orang lain.

“Oleh itu kami minta kerajaan negeri memainkan peranan untuk menyelesai­kan masalah tapak agar perancanga­n program itu dapat dilaksanak­an dangan baik dan lancar,” katanya.

Pada majlis itu, Mohd Shafie menyampaik­an sumbangan berupa makanan dan wang tunai kepada 71 keluarga yang terlibat dalam kebakaraan di Kampung Sentosa Hill Top, Tawau.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, 9 Mac lepas itu, sebanyak 58 buah rumah musnah dalam kebakaran tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia