Utusan Borneo (Sarawak)

IAB Sabah bakal miliki pejabat kabin baharu bernilai RM5 juta

-

KOTA KINABALU: Institut Aminuddin Baki (IAB) cawangan Sabah bakal memperoleh pejabat kabin (fast track) baharu dengan pembinaan kemudahan yang bernilai RM5 juta menjelang September 2015.

Timbalan Pendidikan Satu Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, dengan pembinaan kemudahan itu, IAB dapat memberi peluang lebih ramai guru di Sabah dan Labuan untuk menghadiri kurusus yang ditawarkan oleh pihak IAB.

“Disebabkan kekangan kewangan sebelum ini, tidak ramai yang dapat dihantar untuk menghadiri kursus ini jadi ini bermakna mereka tidak berpeluang untuk meneruskan pembanguna­n p r o f e s i o n a l i s m e berterusan.

“J u s t e r u m e n e r u s i kemudahan ini, impian IAB bakal menjadi realiti untuk memiliki bangunan di Sabah seterusnya melengkapk­an penampilan IAB sebagai bahagian yang melaksanak­an latihan kepimpinan para guru untuk persediaan menjadi guru besar atau pengetua,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan majlis pecah tanah terbabit.

Menurut Mary, sebelum ini IAB hanya mempunyai kampus di Sarawak dengan kampus induknya yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan (dahulu di Genting Highlands).

Dalam pada itu, majlis pecah tanah projek pembinaan terdiri daripada lima blok kabin itu dilakukan di tapak kampus IAB di Menggatal.

Pejabat kabin yang dibina atas tapak tanah seluas 43.44 ekar itu terdiri daripada enam bilik latihan, sebuah bilik mesyuarat dan pusat sumber, tiga bilik pensyarah serta sebuah pejabat pentadbira­n dan tiga bilik serba guna.

IAB Sabah mula beroperasi sejak bulan Febuari 2010 di bangunan bekas pejabat PPD Kota Kinabalu di Bukit Padang.

Mary berkata, Jabatan Kerja Raya dipertangg­unjawabkan untuk memantau selama lima bulan tempoh kerja projek berkenaan yang dilaksanak­an oleh kontraktor Syarikat Eqka Sendirian Berhad.

Menurutnya, pembinaan kampus latihan bertingkat dan mempunyai prasarana yang lengkap telah dirancang membabitka­n kos peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di kawasan yang sama.

Sehingga kini katanya, IAB menerusi National Blue Ocean Strategy ( NBOS) telah bekerjasam­a dengan Instituti Pendidikan Guru Kent untuk menyediaka­n tempat serta mengadakan kursus National Profesiona­l Qualificat­ion for Educationa­l Leaders (NPQEL) bagi warga pendidik di Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Hadir sama, Timbalan Khidmat Latihan IAB Mazlan Samsudin dan Pengarah IAB Cawangan Sabah Lew Yeok Leng dan tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? LAWAT: Pairin menyambut Musa sebaik sahaja beliau tiba di Tambunan kelmarin. Turut kelihatan Mediyem, Thomas dan Yusop.
LAWAT: Pairin menyambut Musa sebaik sahaja beliau tiba di Tambunan kelmarin. Turut kelihatan Mediyem, Thomas dan Yusop.
 ??  ?? KEMUDAHAN: Mary Yap menyempurn­akan simbolik majlis pecah tanah pembinaan pejabat kabin IAB cawangan Sabah.
KEMUDAHAN: Mary Yap menyempurn­akan simbolik majlis pecah tanah pembinaan pejabat kabin IAB cawangan Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia