Utusan Borneo (Sarawak)

Pembukaan kebun punca kebakaran hutan

Pembakaran rumput dan cuaca panas mengakibat­kan api merebak dengan lebih besar

-

KOTA KINABALU: Perbuatan sesetengah pihak yang bertindak membakar kawasan hutan untuk dijadikan kawasan kebun mengakibat­kan beberapa kawasan di sekitar ibu negeri dan daerah Papar terjejas dengan asap kebakaran hutan yang merebak dengan lebih besar.

Komander Operasi Balai Bomba Lintas Lau Pen Nuar sewaktu dihubungi berkata, kebakaran hutan yang berlaku di sesetengah kawasan sekitar Penampang banyak diakibatka­n oleh perbuatan petani yang membersihk­an kawasan kebun mereka.

“P e t a n i berkenaan membersihk­an kawasan kebun dengan membakar rumput di kawasan terbabit mengakibat­kan api merebak dengan lebih besar ke kawasan sekitarnya.

“Keadaan rumput serta cuaca panas membantu api merebak dengan lebih cepat serta mengakibat­kan beberapa kawasan terjejas,” katanya.

Beliau berkata, sehingga jam 3 petang kelmarin Balai Bomba Lintas telah menerima empat panggilan kecemasan mengatakan kawasan hutan terbakar.

“Kawasan t erbabi t termasukla­h Tebobon, Kionsom, serta Taman Hikmat dengan panggilan kecemasan pada masa berbeza iaitu pada jam 10 pagi, jam 12 tengah hari, jam 2 dan jam 3 petang.

“Kami telah menghantar tujuh anggota termasuk seorang pegawai untuk ke lokasi kebakaran serentak,” katanya sambil menasihati pihak berkenaan untuk mengurangk­an pembakaran terbuka terutama di kawasan petempatan.

Sementara itu, laporanKet­ua Balai Bomba Papar Dunstan Peter pula mengatakan daerah berkenaan juga terbabit dengan kejadian pembakaran hutan serta lalang di beberapa bahagian.

Beliau berkata, sebanyak tiga panggilan kecemasan diterima berkaitan kebakaran hutan dan tiga panggilan kecemasan berkai t a n kebakaran lalang.

“Kesemua kawasan termasukla­h Kampung Kawang, Kampung Pegalat Besar, Kampung Dambai, Kampung Benoni, Kampung Mandahan serta Kampung Malawaring.

“Penelitian terhadap keduadua kes kebakaran adalah secara berulang terutamany­a pada musim kemarau dan dipercayai disebabkan pembakaran secara terbuka daripada penduduk kampung itu sendiri.

“Perbuatan membakar rumput di kawasan pertanian serta perbuatan pembuangan putung rokok di merata-rata tempat membantu kepada peningkata­n kebakaran hutan dan juga lalang,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak memulakan p e m b a k a r a n s e c a r a sengaja kerana perbuatan ini bukan hanya akan menyusahka­n orang lain tetapi juga membantu kepada peningkata­n jerebu di kawasan sekitar.

 ??  ?? MEREBAK CEPAT: Sebahagian daripada bomba melakukan operasi memadam kebakaran hutan yang merebak dengan cepat di Kota Kota Kinabalu, kelmarin..
MEREBAK CEPAT: Sebahagian daripada bomba melakukan operasi memadam kebakaran hutan yang merebak dengan cepat di Kota Kota Kinabalu, kelmarin..

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia