Utusan Borneo (Sarawak)

Menjenamak­an semula profesion pembantu rumah

Bakal pengurus kediaman akan diberi pelbagai kursus asas

-

PUTRAJAYA: Tugas pembantu rumah atau ‘amah’ masih dilihat dari sudut negatif, walaupun ia merupakan tugas yang amat diperlukan ramai terutama oleh golongan bekerja di bandar.

Pembantu rumah dianggap bertaraf rendah kerana mereka merupakan golongan kurang berpelajar­an, miskin dan kebanyakan­nya dilakukan warga asing.

Justeru kerajaan menerusi Kementeria­n Pembanguna­na Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang berusaha untuk menjenamak­an semula profesion berkenaan.

Antara langkah yang dilakukan ialah menukar istilah pembantu rumah kepada pengurus kediaman atau ‘home manager’.

Ketua Setiausaha kementeria­n tersebut, Datuk Sabariah Hassan berkata selain itu program pengurus kediaman yang dihentikan pada 2011 kerana masalah teknikal selepas dua tahun dilaksanak­an, bakal diperkenal semula selewat-lewatnya Mei ini.

Sabariah berkata kursus asas itu mengandung­i pelbagai modul seperti aspek pembersiha­n rumah, pengurusan makanan, penjagaan anak serta orang kurang upaya dan penjagaan kesihatan.

Ia bakal dilaksanak­an dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai institusi latihan, katanya dan menambah kursus memerlukan sedikit kos.

Beliau berkata kursus pengurus kediaman juga membolehka­n pesertanya memohon kerjaya dalam bidang lain seperti pengemas bilik hotel dan pembantu taska.

Sabariah mengulas lanjut bahawa pengurus kediaman boleh menawarkan perkhidmat­an dalam pelbagai cara termasuk berkhidmat dan tinggal di rumah majikan dengan upah bulanan mengikut kadar pasaran atau memberi perkhidmat­an secara mingguan atau harian.

“Mungkin ada majikan yang tidak mahu pengurus kediaman menetap di rumah mereka kerana berasa tidak selesa atau ada juga pengurus kediaman yang lebih selesa dengan berulang-alik ke rumah majikan mereka,” katanya.

Sabariah juga manyaranka­n institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menawarkan kursus pengurus kediaman sama ada pada peringkat sijil atau diploma.

“Seperti kerja tukang masak, dahulunya orang pandang rendah, tetapi setelah IPT menawarkan kursus seperti kulinari, ia menjadi pilihan kepada ramai pelajar yang menjanjika­n pendapatan lumayan kepada mereka apabila keluar dari IPT,” jelasnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MULA: Khalid melepaskan peserta Kayuhan Malaysia PDRM di hadapan bangunan Istana Kehakiman dekat Putrajaya, semalam. Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat.
— Gambar Bernama MULA: Khalid melepaskan peserta Kayuhan Malaysia PDRM di hadapan bangunan Istana Kehakiman dekat Putrajaya, semalam. Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia