Utusan Borneo (Sarawak)

Akhbar ‘Kedaulatan Rakyat Indonesia’ mahu wujud kerjasama dengan Bernama

-

KUALALUMPU­R: Kedaulatan Rakyat, akhbar terbesar dan tertua di Yogyakarta, Indonesia, semalam melahirkan minat untuk mengadakan kerjasama dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dalam perkongsia­n berita melibatkan kedua-dua negara.

Ketua Pengarangn­ya Dr Okto Lampito berkata kerjasama itu terutama sekali dalam liputan berita yang berkaitan dengan ASEAN dan antarabang­sa seperti Pameran Maritim dan Udara Antarabang­sa Langkawi 2015 ( LIMA’ 15) yang berakhir semalam, serta Sidang Kemuncak ASEAN 2015.

“Kami memang sepakat seperti pertukaran di online (Kedaulatan Rakyat Online), kami mahu ambil berita yang menarik kerana ramai tokohtokoh Malaysia datang ke Jogjakarta yang boleh sahaja kami ambil berita itu,” katanya kepada Bernama.

Beliau yang mengetuai rombongan akhbar tersebut seramai 35 orang, dalam rangka lawatan ke Singapura dan Malaysia, berkata pihaknya bercadang membuka stesen televisyen, turut berminat un- tuk mempelajar­i dan berkongsi pengalaman dengan Bernama dalam bidang tersebut.

Lawatan rombongan editorial akhbar Kedaulatan Rakyat ke Bernama disambut oleh Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan taklimat mengenai operasi agensi berita itu disampaika­n oleh Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab.

Sementara itu, Zulkefli turut menyatakan kesediaan Bernama bekerjasam­a dengan Kedaulatan Rakyat untuk pertukaran maklumat dalam usaha mempertegu­hkan lagi kerjasama di rantau ini.

Beliau berkata Bernama berbesar hati, Kedaulatan Rakyat ingin belajar pengalaman Bernama.

“Kami juga boleh belajar banyak daripada Kedaulatan Rakyat yang merupakan akhbar tertua dan popular di Jawa Tengah (diterbitka­n sejak 27 Sept 1945),” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Zakaria (kanan) memberi penerangan kepada delegasi Kedaulatan Rakyat Daily Indonesia yang mengadakan lawatan ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Zakaria (kanan) memberi penerangan kepada delegasi Kedaulatan Rakyat Daily Indonesia yang mengadakan lawatan ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia