Utusan Borneo (Sarawak)

JKKK disaran pastikan peranan dan kepimpinan sentiasa relevan

-

JASIN: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di seluruh negara disaran memastikan peranan dan kepimpinan mereka sentiasa relevan dan sebagai medium penyatuan kaum di kawasan luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata anggota JKKK perlu juga mening- katkan keupayaan mentadbir dan membangunk­an institusi masyarakat serta infrastruk­tur di kawasan mereka.

“JKKK merupakan barisan depan di peringkat kampung dan mereka seharusnya golongan yang bermakluma­t, mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi dan membimbing masyarakat kampung.

“Mereka juga perlu memas- tikan kepimpinan mereka sentiasa ditambah baik bukan hanya melibatkan keupayaan mendengar suara atau rintihan rakyat tetapi juga cuba menyelesai­kannya,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas majlis minum petang bersama JKKK negeri Melaka serta pelancaran pengerusi JKKK sebagai penolong pendaftar pemilih di hentian rawat dan rehat Sungai Rambai di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Mengulas lanjut Mohd Shafie berkata JKKK juga merupakan perantara antara masyarakat di peringkat akar umbi dengan pihak berwajib atau kerajaan, dan oleh itu memastikan semua pelaksanaa­n kerajaan dapat dilakukan dengan berkesan.

Beliau berkata mereka juga perlu memastikan segala anasir negatif atau buruk seperti ancaman kegiatan militan IS dapat disekat daripada menular dalam kalangan generasi muda masyarakat luar bandar.

Katanya peranan baharu JKKK sebagai pendaftar pemilih juga secara tidak langsung membantu memastikan semua pengundi di kawasan masing-masing mempunyai kelayakan untuk mengundi.

“Langkah ini dapat mengelak suara- suara sumbang yang mengatakan terdapat pengundi yang bukan dari kawasan itu terutama warga asing menjadi pengundi di kawasan mereka,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan memperuntu­kkan hampir RM100 juta bagi membiayai elaun pengerusi dan ahli JKKK pada tahun ini.

Katanya kerajaan juga akan mempertimb­angkan untuk menaikkan peruntukan elaun tersebut pada masa hadapan tetapi ia bergantung kepada peningkata­n hasil negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia