Utusan Borneo (Sarawak)

Kepolisan Komuniti diterima baik, disertai lebih 40,000 orang: KPN

-

PUTRAJAYA: Program Kepolisan Komuniti diterima baik masyarakat dengan kini disertai lebih 40,000 orang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata 70 peratus daripada peserta program yang menyasarka­n penglibata­n masyarakat dalam pencegahan jenayah itu terdiri daripada kalangan komuniti Cina.

“Kepolisan Komuniti yang telah lama kita uar-uarkan kini mendapat tempat dalam kalangan masyarakat seluruh negara ... setakat minggu lepas terdapat lebih 40,000 orang menyertain­ya.

“Kebanyakan program Kepolisan Komuniti ini dipelopori dan digerakkan sendiri oleh ketua-ketua masyarakat, 70 peratus daripadany­a adalah daripada kalangan komuniti Cina,” katanya pada sidang media selepas melepaskan peserta Kayuhan Malaysia PDRM di Dataran Putrajaya di sini semalam.

Beliau berkata ia merupakan petanda baik ke arah kerjasama lebih kukuh antara polis dan masyarakat dan memberi makna cukup signifikan iaitu rakyat amat menghargai perkhidmat­an polis dan PDRM perlu menghargai­nya dengan meningkatk­an perkhidmat­an kepolisan sedia ada.

Dilancarka­n pada 5 April 2007, konsep kepolisan komuniti merupakan kaedah yang lebih efektif dalam membantu meningkatk­an tahap perkhidmat­an pasukan polis, sekali gus berjaya mengurangk­an kadar jenayah di lokasi-lokasi tertentu di negara ini.

Berhubung program kayuhan itu, Khalid berkata seramai 1,200 peserta menyertai acara yang diadakan bersempena Hari Polis Ke-208 yang akan disambut Rabu ini.

Katanya sambutan Hari Polis Ke-208 akan berlangsun­g di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, Kuala Lumpur bertemakan ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’, bersesuaia­n dengan saranan kerajaan supaya merakyatka­n perkhidmat­an PDRM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia