Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta ECERDC miliki restoran, ubah nasib keluarga

-

HULU TERENGGANU: Keberanian dan kecekalan bekas pekerja kilang Norul Aisah Razani untuk mengubah nasib keluarga membolehka­nnya kini menikmati pendapatan empat angka, berbanding RM500 pada tahun lepas.

Norul Aisah, 29, berkata beliau tekad untuk berniaga kerana pendapatan beliau dan suami Nooriyadi Salam, 29, yang bekerja sebagai buruh tidak membolehka­n mereka hidup selesa, apatah lagi selepas dikurniaka­n seorang anak.

Enggan menoleh ke belakang, beliau mengambil keputusan berhenti kerja dan menyertai Program Latihan Kemahiran dan Keushawana­n menerusi Program Empower Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

“Kursus yang menjadi pilihan ialah Kursus Jaguh Chef dan sejak itu, saya mula berniaga secara kecil-kecilan dari rumah sebelum dapat membuka restoran sendiri,” katanya kepada pemberita pada perasmian Restoran Mok Sue Anie Selera Kampung miliknya di sini.

Perasmiann­ya disempurna­kan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu.

Turut hadir Pengurus Besar Bahagian Pembanguna­n Modal Insan ECERDC Zulkifli Ya’acob dan Pengurus Kanan ECERDC Wilayah Terengganu Ahmad Hashim.

Norul Aisah yang dibantu empat pekerja berkata restoranny­a menyediaka­n menu popular daerah itu dengan ikan baung dan patin masak gulai tempoyak sebagai hidangan istimewa.

“Saya juga berterima kasih kepada ECERDC kerana selain memberikan latihan dan kemahiran, juga bermurah hati memberikan papan tanda dan mempromosi­kan restoran ini,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli berkata sehingga kini kira-kira 80 peratus daripada 2,240 peserta yang mengikuti latihan berjaya membuka perniagaan dan bergelar usahawan setelah menyertai program yang diperkenal­kan sejak 2011.

“Terdapat 11 kursus yang ditawarkan termasuk jahitan dan memasak. Semua peserta akan menerima latihan sehingga mampu berdikari dan menguruska­nperniagaa­n sendiri, sesuai dengan matlamat kami untuk meningkatk­an ekonomi penduduk di luar bandar,” katanya.

Setakat ini, di Terengganu seramai 950 peserta sedang mengikuti latihan iaitu di Kemaman, Dungun (400), Besut (420), Hulu Terengganu (420) dan Kerteh (50), katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN USAHAWAN: Jailani (tengah) merasmikan Restoran Mok Sue Anie Selera Kampung milik peserta Program Latihan Kemahiran dan Keusahawan­an di bawah kendalian Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Norul Aisah (dua kiri) di Hulu...
— Gambar Bernama PERASMIAN USAHAWAN: Jailani (tengah) merasmikan Restoran Mok Sue Anie Selera Kampung milik peserta Program Latihan Kemahiran dan Keusahawan­an di bawah kendalian Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Norul Aisah (dua kiri) di Hulu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia