Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘myBuddies’ sasar 40,000 belia pada tahun ini

-

KUALA LUMPUR: MYNIC Berhad menyasarka­n 40,000 golongan belia mendaftar di bawah program ‘myBuddies’ tahun ini, untuk membangunk­an kemahiran khas dalam pemasaran Internet.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Hasnul Fadhly Hasan berkata program .myBuddies itu dirangka pada 2013 untuk meletakkan individu dan perniagaan dalam talian melalui pemilikan nama domain yang berakhir dengan ‘.my’ di platform seperti laman e-Dagang dan melalui pembanguna­n laman sesawang.

Katanya, melalui program itu juga, peserta akan dilatih membangunk­an laman sesawang dan kemahiran dalam pemasaran Internet dengan silibus yang ditambah baik bersesuaia­n dengan keperluan masa kini.

“Evolusi penggunaan Internet telah menghubung­kan manusia dan ekonomi serta pasaran secara pantas dan berkesan.

“Internet juga merupakan pilihan bagi individu untuk melaksanak­an kerja dengan lebih mudah dan efektif,” katanya kepada Bernama pada majlis pelancaran pro- gram .myBuddies Fiesta di Taman Tasik Pemaisuri di sini, semalam.

Program fiesta sehari itu dilancarka­n oleh Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.

MYNIC Berhad merupakan sebuah agensi yang bernaung di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Hasnul berkata selaku agensi yang memainkan peranan dalam sektor komunikasi dan multimedia, pihaknya merancang pelbagi program seperti seminar keusahawan­an, seminar membina laman web dan seminar pemasaran untuk menarik golongan belia mengikuti program tersebut.

Katanya pada tahun lepas program myBuddies 2014, berjaya mendaftark­an lebih 20,000 golongan belia di seluruh negara dan telah pun memulakan inisiatif melatih komuniti belia melalui program itu.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www. mybuddies.my untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program mybuddies. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Rizalman (tiga kiri) merasmikan Program‘my Buddies Fiesta’ 2015 di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Rizalman (tiga kiri) merasmikan Program‘my Buddies Fiesta’ 2015 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia