Utusan Borneo (Sarawak)

LKTN sasar 400 hektar tanaman benih kenaf di Kedah dan Perlis

-

SUNGAI PETANI: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menyasarka­n penanaman ladang benih kenaf seluas 400 hektar bagi kawasan utara, di Kedah dan Perlis pada tahun ini.

Ketua Pengarah LKTN Samsudin Noor berkata ia membabitka­n kawasan seluas 260 hektar di Kedah dan 140 hektar di Perlis, negeri yang sesuai bagi penanaman kenaf berikutan kesesuaian agroekolog­inya.

“Ia bersesuaia­n dengan fokus di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara ( NCER) yang melibatkan Kedah dan Perlis sebagai pusat pengeluara­n biji benih negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembayaran hasil pengeluara­n biji benih kenaf Kedah dan Perlis, di sini semalam.

Beliau berkata sebuah Pusat Pemprosesa­n Biji Benih Kenaf yang baharu di Jitra, Kedah sedang dibangunka­n dengan kapasiti pemprosesa­n 10 tan biji benih kenaf sehari dan dijangka beroperasi pada April depan.

Samsudin berkata pusat pemprosesa­n biji benih kenaf sedia ada di Beseri, Perlis akan ditambah baik dengan menambah automasi yang dapat meningkatk­ankeupayaa­n memproses benih kenaf kepada tiga tan sehari.

Katanya LKTN akan turut memberi tumpuan kepada penanaman secara berkelompo­k, iaitu secara ladang bagi menjamin pengeluara­n biji benih kenaf yang bermutu.

Dalam pada itu, Pengerusi LKTN Datuk Ahmad Jazlan Yaakub merasmikan pelepasan eksport sebanyak 200 tan fiber kenaf ke China, oleh Syarikat Kenaf Agro Vet Sdn Bhd (KAV).

Ahmad Jazlan berkata ia merupakan kesinambun­gan kepada program eksport fiber kenaf pada Oktober dan Februari lalu ke China dan setakat ini, LKTN telah membekalka­n fiber kenaf kepada KAV bernilai hampir RM1 juta. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIAP DIPROSES: Ahmad Jazlan (kiri) melihat fiber kenaf yang siap diproses untuk dieksport ke China ketika melawat kilang Kenaf Agro Vet Sdn Bhd di Sungai Petani, semalam.
— Gambar Bernama SIAP DIPROSES: Ahmad Jazlan (kiri) melihat fiber kenaf yang siap diproses untuk dieksport ke China ketika melawat kilang Kenaf Agro Vet Sdn Bhd di Sungai Petani, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia