Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan MSM diniaga bercampur-campur

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah ( MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniaga bercampurc­ampur minggu ini di antara RM2,100 dan RM2,150 setan metrik, kata Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group, Jim Teh.

Beliau memberitah­u Bernama, dagangan itu akan memanfaatk­an pembeli fizikal kerana harga pada masa ini pada paras munasabah, di se- balik kejatuhan harga minyak mentah dan ketidakten­tuan ekonomi.

“Kami berharap peniaga akan membeli MSM kita dan pada masa sama ini akan mengosongk­an inventori dan menguntung­kan pemilik ladang kita,” katanya.

Menurutnya, pembelian olein sawit oleh China barubaru ini juga merupakan petunjuk baik untuk membimbing pembeli sebenar untuk memilih minyak sa- wit Malaysia dan Indonesia berbanding minyak sayuran lain seperti minyak kacang soya.

Bagaimanap­un, katanya, mainan spekulatif oleh peniaga dalam pasaran hadapan akan menjejaska­n pasaran MSM, kerana mereka akan beralih kepada komoditi lain untuk mengambil untung.

Untuk minggu baharu berakhir, pasaran hadapan diniaga bercampur-campur, terutama dipengaruh­i ke- mungkinan keadaan cuaca kering, pengenalan semula cukai eksport 4.5 peratus untuk MSM pada April dan pergerakan harga minyak mentah.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, April 2015 susut RM102 kepada RM2,168 setan metrik, Mei 2015 merosot RM80 kepada RM2,167 setan metrik, Jun 2015 turun RM88 kepada RM2,160 setan metrik manakala Julai 2015 jatuh RM84 kepada RM2,152 setan metrik.

Jumlah dagangan mingguan berkurang kepada 270,595 lot berbanding 229,837 lot minggu lepas manakala kepentinga­n terbuka meningkat kepada 229,624 kontrak berbanding 217,051 kontrak sebelum ini.

Di pasaran fizikal, bulan semerta baharu April Selatan jatuh RM80 kepada RM2,190 setan metrik berbanding RM2,270 setan metrik minggu lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia