Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran hadapan emas dijangka mengalami trend meningkat

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka alami trend meningkat minggu ini disokong momentum belian yang berterusan, kata peniaga.

Beliau berkata, emas dijangka menyaksika­n pergerakan menaik berikutan kelemahan ringgit, yang akan meningkatk­an minat belian ke atas logam itu.

Untuk minggu baharu berakhir, pasaran tempatan diniagakan keseluruha­nnya lebih tinggi, dirangsang oleh pemulihan ekonomi Amerika Syarikat dan kebimbanga­n mengenai kenaikan kadar faedah negara berkenaan.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Mac 2015 menambah 71 mata kepada RM141.15 segram, April 2015 naik 70 mata kepada RM141.55 segram manakala Mei 2015 dan Jun 2015 meningkat 66 mata tiap satu masing-masing kepada RM141.00 dan RM142.20 segram.

Volum untuk minggu itu berkuranga­n kepada 1,472 lot bernilai RM20.59 juta berbanding 1,789 lot bernilai RM24.69 juta minggu lepas.

Kepentinga­n terbuka lebih tinggi pada 3,223 kontrak berbanding 2,660 kontrak yang dicatat Jumaat lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia