Utusan Borneo (Sarawak)

Harga timah diniaga sekitar AS$17,000 setan metrik

-

KUALA LUMPUR: Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka diniagakan lebih kukuh sekitar AS$ 17,000 setan metrik minggu ini disokong permintaan dari seberang laut, kata peniaga.

Menurutnya, peniaga Eropah dan Jepun dijangka membantu mengekalka­n harga logam itu pada paras ini ketika penjual engggan menjual di bawah paras berkenaan.

Pasaran timah tempatan juga dijangka mengambil petunjuk daripada pergerakan di Bursa Logam London (BLL), tambahnya.

Untuk minggu baru berakhir, PTKL bergerak setinggi AS$ 17,500 setan metrik pada Selasa sebelum merosot dan mengakhiri minggu itu pada AS$16,950 setan metrik, keseluruha­nnya dipengaruh­i prestasi di BLL.

Peniaga Eropah, Jepun dan tempatan terbabit dalam sebahagian besar dagangan berjumlah 224 tan metrik minggu itu berbanding 240 tan metrik minggu lepas.

Premium di antara PTKL dan BLL pada Jumaat jatuh kepada AS$300 setan metrik berbanding AS$435 setan metrik sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia