Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh kanak-kanak maut kebakaran

Alat pemanas rosak dipercayai punca kejadian yang mengejutka­n NY

-

NEW YORK: Tujuh kanakkanak dari sebuah keluarga terbunuh kelmarin apabila rumah mereka di New York musnah dalam kebakaran dipercayai akibat kerosakan sebuah periuk pemanasan mudah alih.

Plat panas, elemen pemanasan kecil elektrik, mungkin dibiarkan terpasang bagi memastikan makanan di dalam periuk itu panas kerana fahaman Yahudi Ortodoks melarang perbuatan memasak pada hari Sabbath, menurut Pesuruhjay­a Bomba New York Daniel Nigro.

“Ini merupakan tragedi kebakaran paling besar pernah dialami bandar ini dalam tempoh tujuh tahun,” menurut Nigro dalam komen yang dilaporkan The New York Times.

“Ia merupakan satu tragedi bagi keluarga ini, komuniti dan juga bandar ini.”

Anggota bomba dihubungi mengenai kebakaran di rumah tersebut di kawasan kejiranan Midwood di Brooklyn sejurus selepas waktu tengah malam.

Mangsa berusia antara lima dan 16 tahun.

Seramai 105 anggota bomba telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Seorang wanita berusia 45 tahun, ibu dan seorang lagi budak perempuan, 14, terselamat setelah melompat keluar dari tingkap dan kini menerima rawatan di hospital tempatan dalam keadaan kritikal.

“Tidak dapat dibayangka­n apa yang anda lihat di sana.

“Kamu boleh melihat sendiri ia merupakan sebuah rumah yang kukuh untuk satu keluarga yang besar dan sekarang ia telah musnah sepenuhnya, setiap bilik kosong, terbakar dan musnah,” kata Datuk Bandar Bill de Blasio ketika melawat tempat kejadian.

“Dan kita hanya dapat membayangk­an keluarga yang riang ini masih bersama 24 jam lepas.”

Jiran mereka Nate Weber memberitah­u New York Post: “Saya mendengar seorang wanita menjerit, ‘Anak-anak saya ada di dalam sana, tolong keluarkan mereka, keluarkan mereka!’.”

“Saya melihat kanak-kanak diusung keluar dari rumah itu dan saya tahu ia adalah berita buruk.

“Saya berpaling kerana tidak mahu terus melihatnya,” beliau menceritak­an semula.

Ibu dan lapan kanak-kanak berada di dalam sekurangku­rangnya lima bilik tidur di tingkat atas ketika kebakaran berlaku di dapur di tingkat bawah.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Eliane, 16; David, 12; Rivkah, 11; Yeshua, 10; Moshe, 8; Sara, 6; dan Yaakob, 5, kesemuanya daripada keluarga Sassoon.

Pihak berkuasa menyatakan ayah mereka tiada di rumah ketika kejadian.

Seorang lelaki yang menetap di sebelah rumah yang terbakar itu memberitah­u Times keluarga itu memang besar dan penyayang, malah beberapa kanak-kanak yang terbunuh itu telah membantu jiran tetangga menyodok salji Jumaat lepas.

“Mereka orang yang cukup baik, budak-budak itu sering menolong orang,” beliau memberitah­u akhbar.

Nigro menyatakan tiada petanda alat pengesan asap berfungsi di tingkat pertama atau kedua.

Disebabkan fahaman Yahudi Ortodoks melarang penyalaan api atau membakar pada hari Sabbath, banyak keluarga membiarkan periuk elektrik terpasang bagi memastikan makanan mereka panas sepanjang hari berbanding menggunaka­n dapur.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba New York telah memberikan respons kepada kira-kira 2,504 insiden serius sepanjang 2014, menurut laporan tahunannya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MALANG: Anggota bomba berkumpul di luar rumah yang terbakar beberapa jam sebelum itu di kawasan kejiranan Midwood di Brooklyn, kelmarin.
— Gambar Reuters MALANG: Anggota bomba berkumpul di luar rumah yang terbakar beberapa jam sebelum itu di kawasan kejiranan Midwood di Brooklyn, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia