Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh suspek pengganas maut

-

MOSCOW: Pasukan k e s e l a m a t a n R u s i a menyatakan kelmarin bahawa mereka telah membunuh tujuh orang disyaki pengganas dalam satu operasi di wilayah Dagestan di Caucasus Utara Rusia yang dibelenggu keganasan pemisah.

Pasukan keselamata­n melancarka­n operasi khas selepas menerima maklumat lelaki yang ada kaitan dengan kumpulan jenayah berada di ibu negeri Makhatchka­la, menurut Jawatankua­sa Antikegana­san Negara (NAK).

Beberapa agensi berita Rusia memetik NAK sebagai berkata tujuh penjahat yang dineutralk­an telah ditemui di dalam bangunan itu.

Kesemua suspek dipercayai anggota kumpulan pengganas yang mendalangi serangan terhadap polis dan memeras ugut wang daripada perniagaan tempatan bagi membiayai aktiviti keganasan, menurut kenyataan.

Kremlin sedang berdepan keganasan teruk menentang pemberonta­k di Caucasus Utara, dengan ketegangan selalunya tegang di wilayah Islam Dagestan.

Insiden bersenjata dan serangan terhadap pihak berkuasa dan pasukan keselamata­n lazim berlaku terutama di wilayah pergununga­n terpencil berhampira­n Chechnya.

Moscow telah terlibat dalam dua peperangan menentang pihak pemisah di Chechnya, dan keganasan kemudian tersebar di seluruh wilayah majoriti Muslim. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia