Utusan Borneo (Sarawak)

Kakitangan AS tinggalkan Yaman

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyatakan kelmarin ia membawa pulang semua kakitangan­nya dari Yamanatass­ebabkesela­matan, sehari selepas siri pengeboman nekad kumpulan Islamic State (IS) mengorbank­an 142 orang di Sanaa.

“Disebabkan situasi keselamata­n semakin teruk di Yaman, kerajaan AS menempatka­n semula buat sementara waktu kakitangan­nya yang masih ada di luar Yaman,” kata jurucakap Jabatan Negara Jeff Rathke.

Yaman kini di ambang perang saudara, dengan puak pemberonta­k Huthi Syiah yang disokong Iran mengawal bahagian utara dan selatan pula didominasi sekutu Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, yang melarikan diri daripada penahanan di rumah di Sanaa ke Aden pada Februari.

Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengadakan mesyuaratt­ergemparse­malam mengenai krisis Yaman, ketika pasukan tentera AS dipindahka­n sebelum itu dari pangkalan udara utama di selatan.

Yaman dilanda keganasan sejak bekas pemimpin Ali Abdullah Saleh meletakkan jawatan pada awal 2012 selepas kebangkita­n rakyat selama setahun terhadap beliau. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia