Utusan Borneo (Sarawak)

Penyerang di lapangan terbang dipercayai sakit mental

Gereja di Mumbai diserang

- Muka

NEW DELHI: Sebuah gereja di Mumbai diserang beberapa lelaki bertopeng kelmarin, lapor media tempatan.

Rakaman kamera litar tertutup merakamkan aksi tiga lelaki bertopeng melontar batu ke arah gereja awal kelmarin di ibu negara Mumbai, mendesak pihak polis bandar untuk memfailkan kes awal terhadap orang yang tidak dikenali.

“Penjahat itu telah melontar batu ke arah pintu masuk gereja dari tepi jalan dan kemudian melarikan diri dari situ.

“Satu kes telah didaftarka­n bagi siasatan lanjut,” pegawai kanan polis Mumbai SB Suryavansh­i memberitah­u The Times of India.

Suryavansh­i memberitah­u rangkaian berita NDTV tiada tangkapan telah dilakukan setakat ini.

Serangan terbaharu berlaku seminggu selepas seorang rahib tua dirogol di sebuah sekolah mubaligh di wilayah timur Bengal Barat, yang menyebabka­n bantahan di seluruh negara mengenai tahap keganasan seksual yang tinggi dan peningkata­n bagi serangan ke atas gereja.

Bulan lepas nasionalis Hindu Perdana Menteri Narendra Modi menjanjika­n tindakan tegas terhadap keganasan keagamaan dan menjamin kebebasan beragama bagi semua kepercayaa­n.

Paderi dan pemimpin Kristian lain mempersala­hkan penyokong tegar Hindu yang semakin berani sejak Modi, juga nasionalis Hindu, memegang jawatannya pada Mei tahun lepas. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia