Utusan Borneo (Sarawak)

Tunisia akui kegagalan keselamata­n

Serangan berdarah yang membunuh 20 pelancong asing dipintas sebelum melarat

-

TUNIS: Presiden Tunisia Beji Caid Essebsi berkata ‘ kegagalan’ keselamata­n telah membantu memudahkan serangan berdarah kumpulan Islamic State ( IS) di muzium negara tersebut yang membunuh 20 pelancong asing.

“Terdapat kegagalan yang bermaksud pihak polis dan perisikan tidak cukup bersistema­tik untuk menjamin keselamata­n di muzium tersebut,” kata Essebsi kepada akhbar mingguan Paris Match dalam temu bual yang diterbitka­n kelmarin.

Sejumlah 21 orang maut apabila dua lelaki bersejnata menyerbu Muzium Negara Bardo di ibu negara Tunis pada Rabu lalu.

Essebsi bagaimanap­un menegaskan pasukan keselamata­n memberi respons yang amat berkesan untuk menamatkan segera serangan di Bardo, sekali gus mencegah lebih banyak kematian sekiranya para pengganas terbabit sempat meledakkan tali pinggang bom mereka, beliau dipetik sebagai berkata dalam laman sesawang Paris Match.

Ti m b a l a n Sp e a k e r Abdelfatta­h Mourou memberitah­u Jumaat lalu bahawa para pengawal yang sepatutnya menjaga keselamata­n di muzium tersebut dan pekarangan ba n g u n a n pa r l i m e n berhampira­n sedang minum kopi ketika serangan.

Temu bual presiden diterbitka­n ketika pihak berkuasa mendedahka­n terdapat perkembang­an dalam siasatan namun enggan mengulas lanjut.

Bagaimanap­un, Menteri Dalam Negeri Mohamed Ali Aroui berkata, lebih 10 orang telah ditahan termasuk bapa, kakak dan dua abang Jabeur Khachnaoui, salah seorang penyerang yang dibunuh polis dalam serangan itu.

“Waran tangkap turut dikeluarka­n bagi seorang warga tempatan bernama Maher Ben Mouldi Kaidi yang disyaki terlibat dalam serangan,” kata beliau lanjut.

Sumber polis dan rakan Khachnaoui berkata, empat ahli keluarga penyerang telah dibebaskan tetapi Aroui enggan mengesahka­nnya.

Rabu lalu, dua penyerang bersenjata menyasari pelancong yang melawat muzium tersebut, membunuh seorang anggota polis tempatan dan 20 pelancong meliputi empat warga Itali, tiga warga Jepun, tiga warga Perancis, dua warga Sepanyol, seorang rakyat Colombia, seorang rakyat dwikerakya­tan Australia-Colombia, seorang wanita British, seorang wanita Belgium, tiga warga Poland dan seorang rakyat Rusia.

Doktor Chadli Dziri, ketua pembedahan di hospital Charles Nicolle di Tunis berkata, daripada 43 mangsa yang cedera, seorang wanita Perancis masih berada dalam keadaan tenat setelah ditembak di perut dan kaki.

Dziri percaya ramai mangsa ditembak ketika cuba melarikan diri kerana kecederaan mereka kebanyakan­nya di bahagian belakang.

IS telah mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan tersebut dan berikrar akan melancarka­n lebih banyak serangan seumpamany­a.

Pihak berkuasa berkata, kedua-dua penyerang dilatih di negara jiran Libya di mana IS dipercayai memiliki kem latihan.

Abang seorang lagi penyerang, Yassine Laabidi, meluahkan rasa terkejut bahawa adiknya telah mati.

“Kami terkejut dia terlibat dalam kes ini.

“Tiada seorang pun dalam keluarga kami dapat memahami apa yang berlaku,” katanya.

Beliau menggambar­kan Yassine sebagai seorang yang ceria, gemar melepak bersama rakan- rakan dan suka berjenaka.

Abangnya bagaimanap­un mengakui Yassine semakin warak sejak beberapa tahun lalu dan percaya adiknya telah dipengaruh­i penjahat yang menghantar para pemuda ke tanah perkuburan atas nama agama. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KEGANASAN: Rakaman imej daripada CCTV yang dikeluarka­n Kementeria­n Dalam Negeri Tunisia dalam laman rasmi Facebookny­a kelmarin dipercayai menunjukka­n dua lelaki membawa senjata di dalam sebuah bilik ketika seorang lelaki (kiri) bergegas keluar...
— Gambar AFP KEGANASAN: Rakaman imej daripada CCTV yang dikeluarka­n Kementeria­n Dalam Negeri Tunisia dalam laman rasmi Facebookny­a kelmarin dipercayai menunjukka­n dua lelaki membawa senjata di dalam sebuah bilik ketika seorang lelaki (kiri) bergegas keluar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia