Utusan Borneo (Sarawak)

Protes ketika wanita dibunuh dikebumika­n Empat konstabel ditangkap ketika melanggan pelacur

-

KABUL: Ratusan penduduk semalam menghadiri pengebumia­n seorang wanita Afghan yang dibelasah hingga mati sebelum dibakar orang ramai kerana didakwa membakar satu salinan kitab suci al-Quran.

Mayat Farkhunda, 27, yang dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan orang yang marah pada Khamis lalu di tengah Kabul, diusung beberapa wanita sambil diperhatik­an orang ramai yang rata-ratanya lelaki, menurut wartawan yang menyifatka­nnya sebagai tindakan protes yang jarang dilihat dalam masyarakat yang didominasi kaum lelaki itu.

Orang ramai melaungkan Allahhuakb­ar menuntut kerajaan membawa pembunuh ke muka pengadilan.

Ba p a Fa r k h u n d a memberitah­u media anak perempuann­ya mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan juga menghafaz alQuran justeru tidak mungkin mangsa membakar kitab suci tersebut.

Polis berkata, mereka telah menahan 11 orang yang dipercayai ada kaitan dengan insiden tersebut. — AFP NEW DELHI: Pihak polis di timur India dimalukan apabila serbuan ke atas daerah pelacuran mendedahka­n empat anggota mereka bersama seorang pembunuh yang disabitkan yang sepatutnya dijaga mereka, menurut laporan semalam.

Empat konstabel terbabit ditugaskan memindahka­n si pembunuh dari penjara di negeri mundur Jharkhand ke hospital untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan, lapor Hindustan Times.

Namun para anggota polis itu melencong sejauh 206 kilometer untuk melawat daerah pelacuran di bandar Asansol merentasi sempadan di negeri Bengal Barat, menurut akhbar.

Polis Bengal Barat memberkas keempat-empat anggota terbabit namun pembunuh itu dapat melarikan diri dan pulang sendiri ke penjara di bandar Koderma di Jharkhand, tambah laporan.

“Kami telah mengarahka­n satu siasatan dibuat dan menggantun­g tugas empat anggota polis terbabit sehingga notis lanjut,” kata ketua pengarah polis Jharkhand D.K Pandey kepada Times.

Disember lalu, 13 banduan terlepas daripada tahanan setelah melempar serbuk cili ke arah para pengawal.

Polis menembak mati dua banduan terbabit semasa mereka cuba melepaskan diri ketika dihantar pulang ke penjara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia