Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas ketua polis diberkas

-

BEIJING: Bekas ketua polis wilayah utara China di Inner Mongolia ditahan kerana disyaki membunuh, menurut agensi berita negara Xinhua semalam.

Zhao Liping yang bertanggun­gjawab bagi pasukan polis di Inner Mongolia sejak 2005 hingga 2010, telah bekerja hampir tiga dekad sebagai pegawai polis, menurut Xinhua dalam satu laporan ringkas.

Di a di s y a k i at a s penglibata­nnya dalam satu pembunuhan yang berlaku di bandar Chifeng di Inner Mongolia pada Jumaat lepas, menurut Xinhua.

Akhbar milik negara Legal Evening News menyatakan orang yang telah dibunuh adalah seorang wanita yang mempunyai hubungan rapat dengannya, dipercayai wanita simpananny­a. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia