Utusan Borneo (Sarawak)

TANGGUH AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA PADA MUSIM PANAS

-

SARIKEI: Masyarakat harus menangguhk­an aktiviti pembakaran terbuka, kata Pegawai Bomba dan Penyelamat Sarikei Haron Jenai.

Jelasnya, amaran itu dikeluarka­n berikutan cuaca panas dan kering yang berlaku di daearah ini sejak beberapa minggu lalu.

“Tindakan melakukan pembakaran terbuka atau aktiviti membakar sampah termasuk semak pada masa kini boleh mengundang padah.

“Justeru, orang ramai dinasihati tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka pada masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sebaik selesai memadam kebakaran rumput di Jalan Wah Yee, Sungai Pasi dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian terbabit, bomba menerima panggilan daripada orang awam tentang kebakaran rumput pada jam 2.11 petang.

“Sebaik sahaja menerima panggilan tersebut, lapan anggota bomba telah dikerah ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati kawasan seluas satu ekar telah terbakar.

“Pada masa sama, kami turut mendapati api membakar rumput di kawasan tersebut sudah menghampir­i kawasan pungutan sampah dan sebuah rumah kediaman,” katanya.

Haron berkata bomba segera memadamkan kebakaran di kawasan berhampira­n supaya tidak merebak ke kawasan kediaman penduduk.

Jelasnya, pasukan bomba berjaya memadam dan mengawal kebakaran dalam tempoh lebih kurang 10 minit.

“Berdasarka­n siasatan awal, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada aktiviti membakar sampah oleh pihak tertentu. Api dipercayai telah merebak dan seterusnya membakar rumput di kawasan lokasi terbabit,” tegas Haron.

Sehubungan kejadian itu, Haron mengingat masayaraka­t agar tidak melakukan pembakaran sesuka hati dan membiarkan­nya tanpa pemantauan.

 ??  ?? TERBAKAR: Satu kebakaran rumput berlaku di Jalan Wah Yee, Sungai Pasi
dekat Sarikei, petang kelmarin.
TERBAKAR: Satu kebakaran rumput berlaku di Jalan Wah Yee, Sungai Pasi dekat Sarikei, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia