Utusan Borneo (Sarawak)

SK ANNE SARIKEI JOHAN CHORAL SPEAKING, ACTION SONG

-

Kebangsaan (SK) Anne Sarikei membolot dua kategori pertanding­an apabila muncul johan pada Pertanding­an Choral Speaking Peringkat Bahagian Sarikei dan Pertanding­an Action Song Peringkat Bahagian Sarikei, baru-baru ini.

Guru Besar SK Anne Sarikei, Joseph Wong Tii Ann berkata kejayaan tersebut menjadi pembuka tirai yang manis bagi sekolah berkenaan bagi permulaan awal tahun ini.

“Kejayaan ini bakal memberikan suntikan semangat yang positif kepada warga sekolah ini, sama ada di kalangan pelajar, guru mahupun ibu bapa pelajar sekolah ini.

“Harapan dan misi kita pada tahun ini adalah untuk memperbany­akkan lagi pencapaian yang serupa dan juga mendapatka­n keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulu­m.

“Kita berharap semua pihak dapat memberikan sokongan yang padu kepada usaha dan visi kita ini demi untuk prestasi cemerlang generasi masa depan sekolah ini,” kata Wong.

Kedua-dua pertanding­an ini telah diadakan di St. Anthony’s Catholic Church Stadium, Sarikei dan dikelolaka­n oleh SK Anne Sarikei dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei.

Naib johan Pertanding­an Choral Speaking Peringkat Bahagian Sarikei ialah SK Methodist Anglo-Chinese, tempat ketiga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwang Chien, manakala tempat sagu hati SJKC Wah Man.

Penyampai terbaik bagi pertanding­an ini pula telah dinobatkan kepada pelajar SK Anne Sarikei iaitu Olivia Wong.

Sementara itu, bagi Pertanding­an Action Song Peringkat Bahagian Sarikei pula, tempat kedua SK Methodist Anglo-Chinese, ketiga SJKC Min Daik dan sagu hati SK Sungai Kawi.

 ??  ??
 ??  ?? PENYAMPAI TERBAIK: Penolong Kanan Pentadbira­n, SK Anne, Chua Tua Lee menyampaik­an hadiah ‘Penyampai Terbaik’ kepada peserta dari SK Anne, Olivia Wong (kanan).
PENYAMPAI TERBAIK: Penolong Kanan Pentadbira­n, SK Anne, Chua Tua Lee menyampaik­an hadiah ‘Penyampai Terbaik’ kepada peserta dari SK Anne, Olivia Wong (kanan).
 ??  ?? Oleh Kepu Sidi
Oleh Kepu Sidi
 ??  ?? JOHAN: Penolong Kanan Pentadbira­n, SK Anne, Chua Tua Lee (dua kiri) menyampaik­an trofi kepada wakil SK Anne, Lim Kee Kee (tiga kiri), yang muncul johan Pertanding­an ‘Choral Speaking’ Peringkat Bahagian Sarikei baru-baru ini.
JOHAN: Penolong Kanan Pentadbira­n, SK Anne, Chua Tua Lee (dua kiri) menyampaik­an trofi kepada wakil SK Anne, Lim Kee Kee (tiga kiri), yang muncul johan Pertanding­an ‘Choral Speaking’ Peringkat Bahagian Sarikei baru-baru ini.
 ??  ?? KENANGAN TERINDAH: Para peserta dan guru bergambar selepas Pertanding­an ‘Action Song’ SK Anne baru-baru ini.
KENANGAN TERINDAH: Para peserta dan guru bergambar selepas Pertanding­an ‘Action Song’ SK Anne baru-baru ini.
 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Para peserta SK Anne merakamkan gambar kenangan bersama guru-guru Bahasa Inggeris.
UNTUK KENANGAN: Para peserta SK Anne merakamkan gambar kenangan bersama guru-guru Bahasa Inggeris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia