Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan PPRT S’wak ditambah

KKLBW akan mengemukak­an permohonan kepada Kementeria­n Kewangan untuk tujuan itu

- TEMPATAN

KUCHING: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLBW) akan mengemukak­an permohonan tambahan RM51 juta kepada Kementeria­n Kewangan untuk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Sarawak.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata peruntukan tambahan itu termasuk projek pembinaan rumah panjang.

“Atas permohonan...kita telah menyediaka­n peruntukan tambahan bagi 2015, sebanyak RM51 juta untuk Sarawak dan RM50 juta untuk Sabah. Hampir 1,000 unit rumah PPRT akan dibina dengan setiap unit bernilai RM50,000.

“Manakala di Sarawak tertakluk kepada keperluan rumah-rumah panjang yang ada,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu beliau menghadiri Mesyuarat Penyelaras­an Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Bersama Exco-Exco Luar Bandar bagi 2015 yang turut dihadiri Timbalanny­a Datuk Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Shafie dalam pada itu meminta kerjasama kerajaan negeri agar menyediaka­n tapak-tapak (tanah) pembinaan yang sesuai bagi tujuan itu kerana masalah utama yang sering dibangkitk­an penerima bantuan atau permohon ialah mereka tidak mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah.

“Kalau saya turun padang, banyak permasalah­an timbul dibangkitk­an oleh mereka yang telah dan belum disenaraik­an dalam e- Kasih. Mereka tidak mempunyai tanah sendiri untuk tujuan itu.

“Jadi saya meminta kerjasama kerajaan negeri supaya masalah tanah dapat diselesaik­an lebih awal supaya pelaksanaa­n projek-projek PPRT untuk fakir- fakir miskin di luar bandar dapat dipercepat­kan,” ujarnya.

Atas permohonan...kita telah menyediaka­n peruntukan tambahan bagi 2015, sebanyak RM51 juta untuk Sarawak dan RM50 juta untuk Sabah. Hampir 1,000 unit rumah PPRT akan dibina dengan

” setiap unit bernilai RM50,000.

Mengenai projek yang disenaraik­an di bawah Bajet 2015, Shafie berkata ketika ini ia berjalan lancar dan kementeria­nnya bekerjasam­a rapat dengan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Sarawak menyelesai­kan masalah berbangkit antara isu laluan.

Tambahnya lagi, beberapa projek di bawah KKLW di negeri ini yang disenaraik­an sebagai projek sakit sebelum ini sudah siap.

“Ada ( projek sakit di Sarawak) tetapi kita sudah selesaikan seperti projek loji (Kaki Wong) di Betong berjalan lancar, begitu juga projek di Pulau Bruit.

“Kementeria­n memberi tempoh hingga Ogos ini untuk kontraktor selesaikan semua masalah berbangkit.

“Kalau mereka (kontraktor) tidak mampu melaksanak­annya hingga Ogos ini, kontrak mereka akan ditamatkan,” tegasnya.

Secara keseluruha­nnya pula, beliau memberitah­u bahawa 15 peratus projek di bawah KKLW dikategori­kan projek sakit dan kebanyakan projek tahun ini adalah projek-projek sambungan tahun sebelumnya.

Menurutnya tindakan akan diambil ke atas pemaju yang gagal menyiapkan projek terbengkal­ai tersebut dan mereka diberi tempoh hingga Julai ini untuk berbuat demikian.

Justeru ujarnya, kementeria­nnya mahu memastikan sistem penyampaia­n dapat dipertingk­atkan lagi bagi memastikan projek-projek yang disenaraik­an dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dapat dilaksanak­an dengan berkesan serta mengikut jadual.

“Perkara inilah ( sistem penyampaia­n) yang kita tekankan dalam mesyuarat pertama exco hari ini di peringkat negeri Sarawak.

“Kita harus mengambil iktibar daripada pengalaman Rancangan Malaysia Ke-10. Kita akan berhadapan tidak lama lagi dengan RMK-11 dan apa yang penting bagi kita ( kementeria­n) ialah menekankan aspek sistem penyampaia­n,” ujarnya.

Sistem penyampaia­n yang terbaik katanya, dapat mengatasi masalah-masalah berbangkit di peringkat awal pelaksanaa­n projek pembanguna­n dan diselarask­an dengan keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

Ini sekali gus mengelak penantian cukup lama rakyat menikmati kemudahan asas yang mereka perlukan, tambahnya.

Pada sidang media sama beliau memberitah­u abhawa Kementeria­n Kewangan telah meluluskan peruntukan RM130 juta untuk KKLW bagi tujuan membaik pulih bangunan, jalan-jalan kampung serta rumah penduduk yang terjejas akibat banjir besar melanda negara awal tahun ini.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

 ??  ??
 ??  ?? AKAN DITAMBAH: Shafie (tengah) pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Penyelaras­an Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Bersama Exco-Exco Luar Bandar 2015 di Kuching semalam. Turut kelihatan Jabu (kiri) dan Alexander.
AKAN DITAMBAH: Shafie (tengah) pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Penyelaras­an Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Bersama Exco-Exco Luar Bandar 2015 di Kuching semalam. Turut kelihatan Jabu (kiri) dan Alexander.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia