Utusan Borneo (Sarawak)

MBM bantu kerajaan tangani masalah PATI

Sedia hotline bolehkan penduduk kemuka aduan berhubung PATI, pelbagai perkara

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) menyediaka­n talian hotline 013-8163755 untuk dihubungi atau menghantar mesej ke Whatsapp kepada Bahagian Perhubunga­n Awam bagi membolehka­n penduduk tempatan mengemukak­an aduan berhubung kegiatan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pelbagai perkara di bawah bidang kuasa MBM.

Datuk Bandar MBM Lawrence Lai berkata orang ramai boleh menyertaka­n aduan mereka bersama gambar bagi mengukuhka­n aduan mereka dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiaka­n.

Bercakap kepada pemberita di sini semalam, Lai memberitah­u ini merupakan salah satu pendekatan diambil MBM melibatkan penyertaan penduduk peringkat akar umbi bagi memerangi isu PATI yang menimbulka­n kebimbanga­n bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan tetapi pemimpin tertinggi negeri.

Lai juga mengajak seluruh warga Miri bersama- sama bangkit menyokong perjuangan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan

Ini bukan sahaja mengenai isu warga asing Filipina (kaum Suluk) yang menjadi nelayan di sini dan bersaing dengan nelayan tempatan menjual hasil tangkapan mereka, tetapi merangkumi pendatang asing dari negara lain seperti

” Indonesia dan China.

Satem memerangi isu PATI sebelum menjadi lebih parah dan sukar dibendung.

Beliau berkata MBM menyokong penuh usaha tersebut dengan turut serta melancarka­n operasi penguatkua­saan lebih tegas memerangi kegiatan PATI di sini dan penempatan mereka.

“Ini bukan sahaja mengenai isu warga asing Filipina (kaum Suluk) yang menjadi nelayan di sini dan bersaing dengan nelayan tempatan menjual hasil tangkapan mereka, tetapi merangkumi pendatang asing dari negara lain seperti Indonesia dan China.

“Berbeza dengan pendatang kaum Suluk dari Filipina yang masuk ke sini menerusi Sabah dan kemudianny­a menetap di sini serta menjadi nelayan dan melakukan pelbagai pekerjaan lain, pendatang asing Indonesia dan China masuk ke Miri menggunaka­n pas pelawat sebagai pelancong,” katanya.

“Apabila tiba di sini mereka bukan datang melancong tetapi berniaga dengan membawa bersama pelbagai barang dari negara mereka dan dijual di tepi-tepi jalan, dari rumah ke rumah, di kedai- kedai makan dan sebagainya. Ini menyalahi undang-undang kita.

“Datang sebagai pelancong, jadilah seperti pelancong dan nikmati keindahan Miri sebagai sebuah bandar raya peranginan cantik dan bukannya mengambil kesempatan ter- hadap kerancakan ekonomi kita di sini dengan berniaga dan mengaut keuntungan daripada rakyat tempatan. Mereka ini juga memberi tempias kepada perniagaan penduduk di sini,” jelasnya.

Katanya, MBM sependapat dengan Adenan bahawa pendatang tanpa izin harus ditangani hingga ke akar umbi kerana bimbang, apa yang berlaku di Sabah sebelum ini (penceroboh­an Lahad Datu) berulang di Miri, dengan kebanjiran PATI dari Filipina, ditambah lagi dari Indonesia dan China.

MBM turut memperting­kat dan menguatkan operasi penguatkua­saan membantera­s PATI dan ‘peniaga’ warga asing yang menyalahgu­nakan pas lawatan mereka ke negeri ini.

Lai turut menggesa penduduk tempatan supaya memberi sokongan padu dan kerjasama kepada MBM dan Jabatan Imigresen dengan menyalurka­n maklumat mengenai kegiatan atau kewujudan PATI dan jangan melindungi serta bersubahat dengan PATI dengan menyediaka­n mereka tempat tinggal.

“Sebagai contoh dalam kes serbuan baru-baru ini, penduduk tempatan membina rumah setinggan (satu kesalahan) dan kemudian menyewakan rumah tersebut kepada PATI (satu lagi kesalahan). Ini bermakna mereka bersubahat dengan PATI dan melindungi mereka.

“Kerajaan melalui pelbagai agensi termasuk MBM memerangi perkara ini demi menjaga keamanan dan keselamata­n rakyat tempatan agar kemakmuran dan peluang-peluang ekonomi yang sepatutnya dinikmati rakyat negeri ini tidak dirampas warga asing yang menyalah guna pas lawatan mereka,” katanya.

Menurut Lai, paling dibimbangi ialah apabila PATI itu mulai berkembang dalam masyarakat dengan mengambil peluang mengahwini gadis atau lelaki tempatan dan seterusnya berkeluarg­a.

Maka keadaan menjadi semakin sukar kerana pelbagai isu dan masalah lain akan timbul, lebih-lebih lagi apabila rakyat tempatan menjadi mangsa.

“Justeru, kepada warga Miri, penduduk tempatan khususnya agar bersamasam­a dengan Ketua Menteri memerangi kegiatan PATI dan jangan benarkan mereka bertapak di negeri kita dan Miri terutamany­a.

“Jangan lindungi mereka, sebaliknya adukan segera kepada pihak berkaitan atau talian hotline kami,” jelas beliau.

Pada Sabtu lalu di Kuching, Ketua Menteri turut mengisytih­arkan ‘perang’ ke atas PATI sekali gus bakal menyaksika­n permulaan kepada usaha memerangi PATI yang dilihat semakin membimbang­kan di negeri ini.

Menurut Adenan, tindakan tegas harus diambil bagi menangani masalah tersebut sebelum bertambah parah agar apa yang berlaku di Sabah tidak berulang di Sarawak terutama di Miri.

Lawrence Lai Datuk Bandar MBM

 ??  ?? NAIK TARAF: Hii (tiga kanan) ditemani Kaunselor Bruce Chai (lima kanan) bersama penduduk sebelum kerja-kerja menaik taraf Jalan 88 Riam di Miri dilaksanak­an bermula semalam.
NAIK TARAF: Hii (tiga kanan) ditemani Kaunselor Bruce Chai (lima kanan) bersama penduduk sebelum kerja-kerja menaik taraf Jalan 88 Riam di Miri dilaksanak­an bermula semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia