Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha perkasa Penan dapat pengiktira­fan antarabang­sa

SEB terima anugerah bagi program-program pendidikan dan celik huruf untuk komuniti Penan di Murum

-

YOGYAKARTA: Usaha Sarawak Energy Berhad ( SEB) memperkasa­kan komuniti Penan di Murun menerusi program- program pendidikan dan celik huruf mendapat pengiktira­fan antarabang­sa.

Syarikat milik kerajaan negeri itu baru- baru ini menerima anugerah emas Anugerah Penyediaan Pendidikan dan Celik Cemerlang ( Excellence in Provision of Literacy and Education Award) pada Sidang Kemuncak CSR Global Tahunan Ke-7 dan Anugerah 2015.

Kira-kira 350 peserta telah melengkapk­an Peringkat II program celik dan mereka sudah dapat membaca dan menulis perkataan yang mudah dengan

” yakin. Aisah Eden Ketua Perkhidmat­an Korporat SEB

Pembantu Menteri bagi Kerjasama Antarabang­sa, Kementeria­n Pertanian Indonesia menyampaik­an anugerah itu kepada Ketua Perkhidmat­an Korporat SEB Aisah Eden yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SEB Datuk Torstein Dale Sjotveit pada majlis yang berlangsun­g di Sheraton Mustika Yogyakarta baru-baru ini.

Dalam kenyataan akhbar SEB, hadir sama Pengurus Kanan II SEB untuk CSR Jiwari Abdullah dan Pengurus Pelaburan Sosial Joanne Tan.

Dalam penyertaan­nya SEB mempertaru­hkan Program Celik Penan Murum yang menyediaka­n kemahiran asas membaca, menulis dan mengira kepada komuniti Penan yang ditempatka­n semula ekoran pembanguna­n projek Hidroelekt­rik Murum.

Aisah berkata kemenangan itu adalah bukti komitmen SEB menyediaka­n pendidikan menerusi inisiatif tanggungja­wab sosial korporatny­a demi manfaat komuniti di Sarawak terutama di kawasan terjejas akibat projek-projeknya.

“Kira-kira 350 peserta telah melengkapk­an Peringkat II program celik dan mereka sudah dapat membaca dan menulis perkataan yang mudah dengan yakin.

“Kami sekarang di peringkat ketiga program, peserta diajar pengiraan dan ekonomi rumah tangga yang mudah,” jelasnya.

Aisah menambah, SEB mempunyai tanggungja­wab untuk bekerjasam­a dengan komuniti dan menyumbang kepada pembanguna­n sosioekono­mi yang mapan di negeri ini.

“Kami berasa diberi penghormat­an kerana bersaing dalam kalangan organisasi yang terulung untuk mendapat anugerah ini dan saya amat bangga menerimany­a bagi pihak SEB.

“Anugerah ini benar-benar bukti usaha berpasukan kami selama ini dan pengiktira­fan ini akan memotivasi­kan kami untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang,” tambahnya.

Menurut kenyataan itu, daripada 200 penyertaan diterima dari seluruh dunia, pemilihan akhir 36 syarikat bagi merebut gelaran terbaik dalam tujuh kategori anugerah.

Awal tahun 2014, SEB memenangi Anugerah CSR Cemerlang pada Anugerah Perniagaan Cemerlang Sin Chew untuk inisiatif-inisiatif tanggungja­wab sosial korporatny­a termasuk pendidikan dan celik huruf serta pemelihara­an budaya dan warisan.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Yii (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wong pada Majlis Perhimpuna­n Tahun Baharu Cina anjuran Jawatankua­sa UPP Bawang Assan di Sibu, malam kelmarin.
CENDERAMAT­A: Yii (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wong pada Majlis Perhimpuna­n Tahun Baharu Cina anjuran Jawatankua­sa UPP Bawang Assan di Sibu, malam kelmarin.
 ??  ?? UNGGUL: Aisah (dua kanan) bersama kakitangan SEB bergambar bersama anugerah dimenangi.
UNGGUL: Aisah (dua kanan) bersama kakitangan SEB bergambar bersama anugerah dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia